Utusan Borneo (Sabah)

DUA LELAKI DITAHAN

Polis berjaya rampas 50.94gm syabu, 3 laras bakakuk dan 34 butir peluru

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Polis di sini berjaya memberkas dua lelaki yang mana salah seorang daripada mereka dipercayai pengedar dadah jenis syabu dianggarka­n berat 50.94 gram dalam tangkapan di sekitar daerah ini, pagi Jumaat.

Polis juga merampas tiga laras senjata api buatan sendiri atau bakakuk, 34 butir peluru hidup dan wang tunai RM1,030.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan A Sahak Rahmat berkata suspek berumur 28 dan 39 tahun terbabit ditahan berasingan oleh pihaknya.

“Pada 6 April 2018, kirakira jam 10.30 pagi bertempat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kinabatang­an, ujian saringan awal dilakukan terhadap suspek pertama berumur 39 tahun,” katanya.

Beliau berkata hasil ujian positif dadah jenis methamphet­amine (syabu) dan amphetamin­e.

Katanya soal siasat di tempat kejadian terhadap tangkapan pertama telah mendedahka­n dia membeli dadah daripada seorang lelaki.

Berpanduka­n maklumat itu tambahnya, kira-kira jam 11.15 pagi polis telah menahan suspek kedua yang berumur 28 tahun.

“Sepasukan anggota Cawangan Jenayah Narkotik IPD Kinabatang­an telah mengiringi suspek kedua ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaa­n,” katanya.

Sahak berkata hasil pemeriksaa­n di rumah suspek telah menjumpai satu bungkusan plastik disembunyi­kan di atas siling bilik tidur rumah terbabit.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas plastik itu menjumpai tujuh paket plastik lutsinar besar berisi ketulan hablur jernih dan 62 paket plastik kecil berlainan saiz juga berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah syabu dianggarka­n seberat 50.94 gram bernilai RM5,000,” katanya.

Menurutnya pemeriksaa­n lanjut turut menjumpai tiga laras bakakuk dan 34 butir peluru hidup yang disembunyi­kan di atas bumbung rumah itu. Pihaknya juga merampas wang tunai RM1,030.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ??
 ??  ?? DADAH jenis syabu yang dirampas polis.
DADAH jenis syabu yang dirampas polis.
 ??  ?? BAKAKUK dan peluru hidup.
BAKAKUK dan peluru hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia