Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki amuk cederakan isteri, meninggal dunia

-

LABUAN: Seorang lelaki yang mengamuk hingga mencederak­an isteri dan anak lelakinya dengan parang di sini pada Sabtu, meninggal dunia di Labuan Nucleus Hospital malam Sabtu.

Mangsa yang berusia 53 tahun bertugas di Pusat Koreksiona­l Labuan, dengan pangkat sarjan, tidak sedarkan diri di Wad Kecemasan hospital itu pada 9.10 malam tatkala menerima rawatan.

Mengesahka­n perkara itu, Ketua Polis Labuan Supt Mohamad Farid Ahmad berkata lelaki itu yangturutm­encederaka­n dirinya dengan mengelar lehernya, meninggal dunia tiga jam kemudian selepas dimasukkan ke hospital pada 6 petang.

Isterinya, 45 tahun, yang kini dirawat di Hospital Labuan masih lagi trauma dan dalam keadaan kritikal manakala anak lelakinya yang berusia 23 tahun, dibenar pulang ke rumah.

Dipercayai punca mangsa mengamuk kerana mempunyai masalah rumah tangga menyebabka­n dia melibas isterinya dengan parang pada bahagian perut, bahu dan kaki manakala anak lelakinya yang bergelut dengan suspek, juga mengalami kecederaan di bahagian tangan. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia