Utusan Borneo (Sabah)

Bomba sasar 50 peratus anggota lulus ujian kecergasan

-

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM)menyasarka­n 50 peratus anggotanya lulus ujian kecergasan fizikal menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata aspek kecergasan adalah penting kerana ia akan mempengaru­hi reputasi dan masa bertindak seseorang anggota, sekali gus membantu meningkatk­an mutu kerja anggota pada masa akan datang.

“Tahun lepas, sebanyak 40 peratus anggota seluruh negara melepasi ujian ini dan kita menyasarka­n lebih ramai lagi anggota yang lulus hingga hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2017 & Sijil Perkhidmat­an 30 tahun peringkat negeri di sini, pada Ahad.

Pada tahun ini, sebanyak 14,000 anggota di seluruh negara terlibat dalam ujian itu dan mereka yang gagal melepasi ujian tersebut atau had badan melebihi seperti disarankan perlu mengikuti program khas yang bakal dilaksanak­an.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata kesemua anggota dalam keadaan bersiap sedia pada musim pilihan raya umum (PRU) ini dan JBPM akan memastikan keadaan sentiasa terkawal sepanjang proses pengundian dijalankan.

“Anggota kita telah menjalanka­n pemeriksaa­n di kawasan terlibat dengan proses PRU seperti mana yang diberitahu pihak Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi memastikan kawasan itu berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 154 anggota bomba dari seluruh negeri masingmasi­ng menerima Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2017 dan Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? WAN Mohd Nor (kiri) menyerahka­n Pingat Jasa Bomba (PJB) Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada salah seorang penerima.
- Gambar BERNAMA WAN Mohd Nor (kiri) menyerahka­n Pingat Jasa Bomba (PJB) Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia