Utusan Borneo (Sabah)

7 AJK Bahagian Umno Sepanggar lepas jawatan

- - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Tujuh Ahli Jawatankua­sa Bahagian Umno Sepanggar melepaskan jawatan berkuatkua­sa dengan serta-merta.

Bekas AJK Bahagian Umno Sepanggar Azhar Matussin (gambar) berkata, keputusan itu diambil hasil daripada perbincang­an kalangan AJK lain yang telah merumuskan bahawa tindakan drastik itu terpaksa dilakukan atas beberapa faktor.

“Antaranya adalah hilang kepercayaa­n kepada kepimpinan Umno Bahagian Sepanggar di bawah pemangku ketua bahagian yang mengetepik­an penyandang kerusi Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris dicalonkan semula sebaliknya memilih calon luar.

“Tindakan mengarahka­n semua cawangan termasuk pergerakan Wanita dan Puteri supaya tidak menghadiri semua program anjuran Pejabat Parlimen Sepanggar adalah tidak bertanggun­gjawab.

“Tindakan itu membelakan­gkan semangat setiakawan dalam kalangan ahli Umno Sepanggar serta mengakibat­kan berlakunya perpecahan dan seterusnya melemahkan semangat mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, terdapat beberapa kenyataan yang dikeluarka­n oleh pihak pejabat bahagian sama ada dalam ucapan rasmi, perbualan biasa mahu pun teks WhatsApp/SMS begitu mencabar kesabaran ahli Umno yang tidak sehaluan dengan mereka untuk segera meninggalk­an parti itu.

Katanya, merekayaki­nlebih ramai yang akan menyertai Umno bagi menggantik­an tempat dikosongka­n itu sehingga menyebabka­n ramai ahli Umno telah beralih kepada parti pembangkan­g.

“Selain saya, terdapat enam lagi ahli jawatankua­sa bahagian lain turut melepaskan jawatan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia