Utusan Borneo (Sabah)

BN Labuan yakin dapat tawan semula PDM Kerupang

-

LABUAN: Parti Barisan Nasional (BN) Labuan yakin dapat menawan semula peti undi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kerupang pada PRU14 kali ini.

Menurut Pengerusi BN Labuan Datuk Rozman Isli, walaupun pada PRU13 yang lalu BN tewas tipis di PDM Kerupang, namun beliau percaya dengan semangat jitu jentera BN pada kali ini, tidak mustahil PDM Kerupang akan dapat dimenangi BN pada PRU kali ini.

Beliau yang merupakan bakal calon BN bagi mempertaha­nkan kerusi Parlimen Labuan berkata demikian pada Program Abang Man Bersama PDM Kerupang, di sini pada Sabtu.

Rozman optimis banyak lagi pembanguna­n akan dibawa ke Parlimen Labuan sekiranya masyarakat Labuan terus memberi mandat kepada BN untuk terus memacu negara ini dan juga Labuan pada masa hadapan.

“Saya berharap agar warga Labuan akan keluar beramairam­ai mengundi pada PRU kali ini seterusnya memberi majoriti kemenangan yang lebih besar BN bagi kerusi Parlimen Labuan,” katanya yang juga ketua bahagian Umno Labuan.

Sementara itu, Ketua PDM Kerupang Sukimin Wakimin berharap agar pengundi PDM Kerupang memberi sokongan padu kepada Rozman pada PRU14.

“Jelas sekali beliau telah melaksanak­an tugasnya sebagai Ahli Parlimen Labuan sebelum ini dengan baik di mana beliau berjiwa rakyat yang kerap turun padang untuk meninjau permasalah­an warga Labuan tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Justeru tambahnya, Rozman merupakan calon terbaik BN untuk mempertaha­nkan kerusi Parlimen Labuan sebagai wakil rakyat yang dipilih bagi memastikan kesinambun­gan kemajuan Labuan terus dipacu.

Turut hadir pada program itu, Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Labuan Datuk Peter Mak, Ketua Upko Labuan Datuk Ronald James, Ketua Wanita Umno Bahagian Labuan Datuk Hajah Aini Haji Safar, Naib Ketua Bahagian Umno Labuan Datuk Khalid Ghani serta para pemimpin kanan komponen parti BN Labuan.

 ??  ?? ROZMAN dan ketua parti komponen BN merakamkan foto kenangan.
ROZMAN dan ketua parti komponen BN merakamkan foto kenangan.
 ??  ?? ROZMAN (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada warga emas.
ROZMAN (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia