Utusan Borneo (Sabah)

Gotong royong jimatkan masa dan kos

-

RANAU: Aktiviti gotong royong merupakan satu budaya murni yang dapat menjimatka­n kos dan masa malah mampu memupuk perpaduan serta permuafaka­tan dalam kalangan penduduk.

Mantan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, budaya bergotong royong telah lama diamalkan oleh masyarakat tempatan untuk menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih cepat.

“Justeru, budaya ini hendaklah kita kekalkan sebagai satu ruang untuk menyiapkan projek kecil di peringkat kampung tanpa terlalu mengharapk­an bantuan daripada kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Santai bersama lebih 100 penduduk Kg Kilimu yangmenyer­taigotongr­oyong membersih dan menceriaka­n kampung itu.

Hadir sama pada majlis yang diadakan Dewan Mini Kg Kilimu itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kilimu Jabay@Jaibie Surugau dan Ketua Kampung Jafiry Madusin.

Dalam pada itu, Abidin yang juga penolong bendahari Jentera Pilihanray­a Umum Ke-14 Upko Paginatan menyeru penduduk supaya memberi mandat serta sokongan padu berterusan kepada kepimpinan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN).

“Rakyat bertanggun­gjawab memilih kerajaan yang bakal mentadbir negara, justeru laksanakan tanggungja­wab itu sebijak mungkin pada PRU14 ini,” katanya.

Menyentuh kunjungan rombongann­ya yang julung kalinya ke majlis santai bersama penduduk Kg Kilimu itu, beliau menjelaska­n ia adalah lebih kepada ruang untuk berkenal mesra serta meningkatk­an silaturrah­im.

Jabay dalam ucapannya pula berterima kasih atas kunjungan Abidin ke Kg Kilimu.

“Kehadiran Datuk yang julung kali di kampung ini merupakan satu perkenalan mesra dan suntikan semangat serta motivasi kepada penduduk yang menyertai gotong royong sebulan sekali ini,” katanya sambil berterima kasih kepada Abidin kerana membiayai kos makan-minum sempena gotong royong itu.

Beliau turut mengajak penduduk supaya bertindak bijak dengan memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja calon BN pada PRU14.

“Kemenangan calon BN adalah terletak di tangan rakyat, justeru undilah BN,” katanya sambil memaklumka­n 80 peratus penduduk Kg Kilimu adalah penyokong tegar BN dan selebihnya adalah ‘atas pagar’.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta gotong royong merakam gambar kenangan bersama Abidin (duduk, tiga kanan) dan Jabay (duduk, tiga kiri).
SEBAHAGIAN peserta gotong royong merakam gambar kenangan bersama Abidin (duduk, tiga kanan) dan Jabay (duduk, tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia