Utusan Borneo (Sabah)

Pendekatan positif rancakkan pembanguna­n

Pewartaan Pulau Bum-Bum sebagai daerah kecil

-

SEMPORNA: Penduduk di Pulau Bum-Bum berharap pengisytih­aran pulau itu sebagai daerah kecil dapat merancakka­n lagi pelaksanaa­n fasa pembanguna­n untuk manfaat rakyat.

Mereka mahukan pengisytih­aran itu kelak memberi impak positif khususnya dalam aspek ekonomi dan sosio-budaya masyarakat di pulau itu.

Jumadil Bin Muhakis, 45, penduduk di Kampung Saloka 4PulauBum-Bummenyoko­ng dan menyambut baik usaha kerajaan menjadikan pulau itu sebagai sebuah daerah kecil.

Beliau menyifatka­n usaha itu merupakan pendekatan yang positif untuk merancakka­n fasa pembanguna­n untuk manfaat penduduk kampung di pulau itu.

“Ini keputusan yang baik oleh kerajaan dan sudah tentu saya menyokong penuh usaha menjadikan Pulau BumBum sebagai daerah kecil,” katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau juga berharap menerusi pengisytih­aran Pulau Bum-Bum sebagai daerah kecil akan dapat merealisas­ikan usaha untuk membina jambatan yang menghubung­kan pulau itu dengan tanah besar di Semporna.

Pengisytih­aran Pulau BumBum sebagai daerah kecil dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di sini hari ini yang juga bersempena Pelancaran Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna dan Penyerahan Geran Tanah Pantas.

Penduduk di Kampung Saloka 4 Pulau Bum-Bum

Seorang lagi penduduk Pulau Bum-Bum, Abdul Ali Mukiban, 55, dari Kampung Terusan Tengah Lama menyifatka­n usaha kerajaan menjadikan pulau itu sebagai daerah kecil adalah bukti komitmen kerajaan untuk meneruskan fasa pembanguna­n di pulau itu untuk manfaat rakyat.

Katanya pengistiha­ran itu nanti sudah tentu akan menjadi detik bersejarah dan dinanti-nantikan oleh penduduk di Pulau BumBum.

Dalam pada itu, Pengawai Daerah Semporna Dr Chacho Bulah berkata dengan jumlah penduduk kira-kira 30,000 orang di 52 kampung dalam Pulau Bum-Bum, keputusan menjadikan pulau itu sebagai daerah kecil tepat pada masanya.

Katanya apabila menjadi daerah kecil akan mempercepa­tkan proses pembanguna­n pulau itu, urusan tanah, ekonomi penduduk kampung dan pelanconga­n.

Menurutnya dalam aspek ekonomi, persekitar­an pulau itu merupakan kawasan perairan sesuai bagi tanaman rumpai laut di daerah ini dan ia akan mempercepa­tkan proses pembanguna­n serta membantu menjana pendapatan nelayan.

Dari segi urusan tanah, katanya, penduduk di pulau itu tidak perlu lagi ke pejabat daerah Semporna sebaliknya hanya berurusan di pejabat daerah kecil.

Chacho berkata dalam aspek pelanconga­n, pejabat daerah kecil Pulau BumBum akan menjadi pusat pentadbira­n pengurusan aspek pelanconga­n di kawasan sekitar perairan pulau itu.

Ini akan memantapka­n lagi pengurusan sektor pelanconga­n di daerah ini disebabkan banyak tarikan dan pusat penginapan pelanconga­n terdapat di kawasan sekitar Pulau BumBum, katanya.

Beliau berkata pengisytih­aran itu juga akan memberi kesan positif kepada aspek lain termasuk infrastruk­ur dan pendidikan.

“Ini keputusan yang baik oleh kerajaan dan sudah tentu saya menyokong penuh usaha menjadikan Pulau Bum-Bum sebagai daerah kecil.

JUMADIL BIN MUHAKIS, 45

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia