Utusan Borneo (Sabah)

Tawaran sewa kawasan lapang pada Ramadan untuk peniaga

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) mempelawa para peniaga di daerah ini untuk menyewa kawasan lapang yang ditetapkan semasa bulan Ramadan pada tahun ini.

Antara lokasi kawasan lapang berkenaan adalah di hadapan pasaraya Gentingmas Mall, tepi bangunan Lai Piang Kee, tepi Jalan Pelabuhan Lama dan Centre Point Mall.

Presiden MPS Datuk Ir James Wong berkata, dokumen tender sewaan boleh diperoleh di Pejabat Unit Pelesenan di Tingkat Bawah, Bangunan Wisma Warisan MPS dengan harga RM10 bagi satu set.

Katanya, tarikh tutup tawaran berkenaan adalah jam 3 petang 25 April ini. Oleh itu, dokumen tawaran yang diterima selepas tarikh itu tidak akan dilayan.

Beliau berkata dokumen tawaran hendaklah dilengkapi dengan salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan oleh Jabatan Pendaftara­n Negara atau manamana pegawai kerajaan dalam kumpulan A serta resit awal deposit penyertaan tender yang bernilai RM100.

“Dokumen yang telah lengkap perlu dimasukkan ke dalam sampul surat yang ditulis dengan ‘Tawaran Menyewa Kawasan Lapang Yang Ditetapkan Semasa Bulan Ramadan Tahun 1439H/2018M’,” katanya.

Tambahnya, ia kemudian hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang diletakkan di lobi Wisma Perbandara­n Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia