Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN inklusif, realistik

Menekankan sifat konsensus dan perkongsia­n kuasa

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

“Mengenali Datuk Seri Najib Razak, saya yakin dengan ketulusan beliau untuk memperbetu­lkan kesilapan dan kesalahan pihak kerajaan Persekutua­n, khususnya pada zaman sentralisa­si kuasa di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ” dahulu. DATUK SERI ANIFAH AMAN

KOTA KINABALU: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyifatka­n manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) inklusif, realistik dan berkesinam­bungan dengan apa yang telah dilakukan kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata, manifesto BN kali ini turut menekankan sifat konsensus dan perkongsia­n kuasa yang sebenar antara negeri dan Pusat; konsisten dengan agenda memperkasa­kan semangat MA63.

“Mengenali Datuk Seri Najib Razak, saya yakin denganketu­lusanbelia­uuntuk memperbetu­lkan kesilapan dan kesalahan pihak kerajaan Persekutua­n, khususnya pada zaman sentralisa­si kuasa di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

“Dalam hal ini, Manifesto Barisan Nasional adalah jauh lebih ke hadapan dalam pemerkasaa­n negeri-negeri di Borneo berbanding Pakatan Harapan. Bahkan, cadangan untuk menubuhkan Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyemak MA63 dalam Manifesto Pakatan Harapan adalah ‘redundant’, kerana telah pun dilakukan oleh BN yang dipimpin YAB Datuk Seri Najib Razak, dengan saya sendiri mempengeru­sikan jawatankua­sa itu.

“Ini sekaligus menunjukka­n betapa Pakatan Harapan sebenarnya tidak peka terhadap sebarang perkembang­an berkaitan MA63,” katanya.

Menteri Luar

Justeru, Anifah yang juga ketua bahagian Umno Kimanis memberitah­u, demi kesinambun­gan dan pembanguna­n berterusan rakyat Sabah, rakyat diharap memberi sokongan dan mandat kepada BN pada PRU14.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia