Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto belia dilancar pada 10 April

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan melancarka­n manifesto yang khusus untuk belia di negara ini.

Pengerusi Pemuda BN Sabah Yamani Hafez Musa berkata, manifesto itu akan dilancarka­n oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin pada 10 April ini.

“Pergerakan Pemuda BN Sabah telah menyumbang formula ke arah mewujudkan manifestoi­tudarisegi­inputdan maklumat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Kerjaya Pemuda BN, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Christophe­r Mandut berkata, manifesto seumpamany­a adalah buat julung kali diadakan memandangk­an tidak terdapat sebarang manifesto sebelum ini yang mengkhusus­kan kepada belia.

“Kita berharap agar manifesto yang diilhamkan itu mampu menarik perhatian belia di Malaysia seterusnya memberikan sokongan kepada BN.

“Saya yakin ia akan memberikan keyakinan kepada pengundi muda untuk mempercaya­i dan menyokong BN,” katanya.

Menurutnya, input manifesto itu adalah berdasarka­n cadangan daripada Kolokium Belia yang diadakan di negeri ini.

Katanya, cadangan itu diserahkan oleh semua Pemuda BN di sini kepada kepimpinan negara untuk dikumpul seterusnya dijadikan manifesto.

Sementara itu, Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen berkata, manifesto yang akan dilancarka­n itu nanti sudah pasti mampu membawa pelbagai kebaikan kepada golongan belia.

“Ini adalah pertama kali dalam sejarah negeri dan negara mempunyai satu manifesto khusus untuk belia. Ia menunjukka­n Pemuda BN bekerja keras dan kerajaan mengiktira­f peranan yang dimainkan belia.

“Manifesto ini mengandung­i keperluan dan aspirasi belia yang dikumpul menerusi sesi dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang berbeza daripada Wawasan 2020,” katanya.

Menurutnya, Wawasan 2020 mempunyai kandungan dari kepimpinan Pusat sehingga rakyat sebaliknya, TN50 dari peringkat akar umbi sehingga atasan yang mana diminta oleh golongan belia.

 ??  ?? CHRISTOPHE­R
CHRISTOPHE­R
 ??  ?? ARTHUR
ARTHUR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia