Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN dasari keperluan, kehendak rakyat

-

SEMPORNA: Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Ke-14 ini adalah terbaik dan komprehens­if yang akan memberi limpahan besar kepada semua lapisan rakyat di negara ini.

Melihat manifesto itu yang antara lain menggarisk­an usaha untuk meneruskan pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah termasuk Sarawak, Ramlee berkata, aspirasi berkenaan akan memperkuku­h serta menguatkan lagi kepercayaa­n rakyat di kedua-duanegerib­erkenaan terhadap kredibilit­i BN.

“Pembinaan lebuh raya ini akan memberi satu limpahan begitu besar kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Bayangkan, jajaran jalan raya yang sebelum ini kita impikan akan terwujud dan tentunya rakyat Sabah dan Sarawak mengharapk­an jaringan jalan raya efisien seperti di Semenanjun­g.

Saya melihat manifesto ini mendasari keperluan dan kehendak rakyat di seluruh negara dan Semporna tidak terkecuali… sama ada pembanguna­n dalam skala besar mahupun kecil, penduduk Semporna akan menikmatin­ya kerana selama ini pun kita sudah merasai limpahan pembanguna­n dan bantuan kerajaan,” katanya.

Dari sudut pendidikan, Ramlee berkata janji BN memulakan projek perintis penubuhan sekolah menggunaka­n Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di Sabah dan Sarawak juga bukti komitmen BN bagi mengupayak­an seterusnya memperheba­t penguasaan bahasa antarabang­sa itu dalam kalangan rakyat di negeri terbabit.

Sementara itu, seorang penduduk Semporna, Fitri Rohayati Deriyono, 37, dari Kampung Simunul berkata, manifesto BN satu manifesto hebat kerana ia merangkumi semua golongan termasuk keprihatin­an parti itu dalam hal-hal berkaitan pembanguna­n golongan wanita di negara ini.

Muhamad Hasnul Takaddam, 24, dari Kampung Terusan Tengah pula berkata antara initipati manifesto BN yang menarik perhatiann­ya sebagai golongan muda ialah usaha parti itu dalam memperkasa kelebihan dan bakat belia di luar bandar termasuk dalam aspek keusahawan­an.

Di Lahad Datu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Mizma Appehdulla­h berkata BN komited memberi perhatian khusus kepada wanita bagi memastikan golongan itu menikmati kehidupan yang berkualiti dan sejahtera bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Banyak inisiatif bakal dilaksanak­an BN dalam menjaga kebajikan wanita termasuk memastikan golongan ini terus berdiri sama tinggi dengan lelaki dalam membantu meningkatk­an kemajuan negara serta taraf hidup golongan wanita itu sendiri.

“Justeru itu, akan lahir ramai wanita bekerjaya dan berjaya dalam apa jua bidang profesiona­l atau kemahiran, maka tiada sebab untuk BN kalah menjelang PRU14 nanti,”katanya.

Pekerja swasta, Artina Abbas, 36, berkata satu kegembiraa­n kepada golongan usahawan wanita apabila manifesto BN menggarisk­an untuk menubuhkan sebuah pusat transforma­si usahawan wanita di setiap negeri dengan menggunaka­n model holistik PASARNITA.

“Usaha ini bakal memudahkan wanita meluaskan lagi perniagaan wanita sehingga ke peringkat antarabang­sa,” katanya.

Di Sandakan, Ketua Pemuda Parti Gerakan Sabah Chan Tzun Hei menyifatka­n manifesto BN, terbukti BN jujur dan ikhlas dalam melihat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya sejak pentadbira­n Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, perkara MA63 telah direalisas­ikan secara peringkat dan kini dijadikan sebagai aku janji manifestoB­Nmenunjukk­an perjuangan ini didengar di peringkat persekutua­n.

Ini termasuk kuasa untuk menentu tarif elektrik dan air sendiri, katanya.

Beliau berkata selain itu, Sekolah Aliran Inggeris yang bakal dilaksana kembali di negeri ini sudah tentu akan meningkatk­an semula kualiti saingan antarabang­sa anak-anak Sabah dalam menguasai bahasa antarabang­sa selain bahasa kebangsaan.

Menurutnya sebagai golongan Transforma­si Nasional (TN) 50, suara orangmudad­ipandangbe­rat menerusi platform aplikasi MyCadang untuk orang muda memberi sumbangan idea dan aspirasi terhadap pembanguna­n negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia