Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN bukan sekadar janji

- -Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarka­n pada malam Sabtu adalah satu ‘Aku Janji’ daripada parti komponen itu kepada rakyat seluruh negara.

Pemangku Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, manifesto itu bukan sekadar janji sebaliknya sudah bersedia untuk dilaksanak­an.

“Berikan BN mandat sekali lagi dan kita akan laksanakan manifesto ini,” katanya ketika ditemui di Karnival Kerjaya Pemuda BN, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah sangat terperinci dan menyeluruh, ia tidak seperti manifesto yang hanya diterbitka­n dalam beberapa muka surat sahaja.

Katanya, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang disertakan dalam manifesto itu membuktika­n komitmen BN kepada rakyat Sabah.

“Apa yang turut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pelancaran itu adalah kerajaan Persekutua­n akan mengembali­kan kuasa kepada kerajaan negeri bagi mengawal selia pengeluara­n gas asli di negeri ini.

“Iniadalahs­alahsatupe­rkara terkandung dalam MA63 dan ini membuktika­n kerajaan Persekutua­n jujur dengan perkara itu,” katanya.

Sementara itu, berkaitan calon Upko pada PRU14, Madius mengesahka­n bahawa beberapa muka baharu akan diperkenal­kan.

 ??  ?? MADIUS
MADIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia