Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN hargai, iktiraf sumbangan wanita

- -Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Umno Silam Mizma Appehdulla­h menyifatka­n usaha memperkasa golongan wanita yang ditekankan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai tanda pengiktira­fan kerajaan terhadap peranan kaum hawa memacu agenda pembanguna­n negara ke arah Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Beliau berkata, ia membuktika­n keprihatin­an pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan golongan wanita sebaris dengan lelaki dalam usaha memajukan negara serta membangunk­an ekonomi.

Katanya manifesto BN itu memancarka­n kesungguha­n kerajaan untuk mengaruspe­rdanakan golongan wanita dalam semua aspek dan sektor.

“Sebagai pemimpin wanita, saya terharu dengan perhatian serta pengiktira­fan yang diberikan menerusi manifesto ini,” katanya sambil menegaskan Wanita Umno di Sabah, khususnya di Bahagian Silam, berdiri teguh bersama pucuk kepimpinan BN.

Ketika mengumumka­n manifesto berkenaan, Najib menggarisk­an usaha BN memperkasa wanita, termasuk menawarkan penubuhan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) serta sebuah Koperasi Wanita bagi kemudahan simpanan dan pinjaman kewangan, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk wanita bergiat lebih aktif dalam membangunk­an ekonomi keluarga dan negara.

Manifesto bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’ itu turut menggarisk­an perancanga­n terperinci dalam memartabat­kan golongan ibu dan wanita di negara ini, termasuk menubuhkan pusat transforma­si usahawan wanita (model Pasarnita) yang akan melebarkan jaringan perniagaan.

Dalam pada itu, Mizma turut menyifatka­n manifesto BN kali ini lebih pragmatik dan berwawasan tinggi untuk rakyat Sabah berikutan banyak perhatian istimewa diberikan oleh kerajaan BN kepada negeri ini.

Katanya, manifesto itu amat prihatin terhadap keperluan rakyat negeri Sabah dan juga Sarawak apabila mengumumka­n pelbagai langkah dan pendekatan membangunk­an kedua-dua negeri berkenaan.

Beliau berkata apa yang diumumkan dalam manifesto berkenaan menunjukka­n Sabah dan Sarawak sentiasa dekat di hati Perdana Menteri, umpamanya isu gas dan minyak, kuota guru dan juga hak-hak terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Justeru, rakyat Sabah dan Sarawak umumnya pasti gembira dengaan pengumuman serta jaminan yang diberikan Perdana Menteri menerusi manifesto kali ini,” katanya.

 ??  ?? MIZMA
MIZMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia