Utusan Borneo (Sabah)

Sawit Kinabalu tanam pokok secara berterusan

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Pengurusan wilayah Timur, Sawit Kinabalu Sdn Bhd telah mengadakan program menanam pokok hutan bagi meneruskan konservasi dan pemulihara­an hutan sempena mesyuarat bulanan (ERMCM) kali ke-3.

Sebanyak 100 bibit pokok telah ditanam antaranya pokok apit-apit, payungpayu­ng, bayur dan ketapang.

Pengurus Besar Wilayah Pantai Timur Victor Ationg berkata pihaknya amat menggalakk­an program berkenaan yang akan memberi impak positif kepada kawasan konservasi di Sg Pin.

Hadir sama pada program itu ialah para pengurus ladang, pengurus kilang, agronomist, eksekutif mekanisasi dan eksekutif ternakan serta kakitangan Ladang Sg Pin.

 ??  ?? VICTOR bersama para pengurus ladang, pengurus kilang dan kakitangan Ladang Sg Pin serta semua yang terlibat merakam gambar selepas program tanam pokok berkenaan.
VICTOR bersama para pengurus ladang, pengurus kilang dan kakitangan Ladang Sg Pin serta semua yang terlibat merakam gambar selepas program tanam pokok berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia