Utusan Borneo (Sabah)

Pusat pelanconga­n antarabang­sa bakal rancakkan pertumbuha­n Semporna

-

SEMPORNA: Pembanguna­n Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna, di sini, dilihat bakal merancakka­n lagi pertumbuha­n daerah ini sebagai sebuah destinasi pelanconga­n utama dengan pelbagai prasana termasuk kemudahan penginapan hotel bertaraf empat atau lima bintang bagi keselesaan pelancong.

Projek yang pastinya menjadi antara pembanguna­n ikonik di Semporna itu juga diyakini mampu membuka peluang pekerjaan lebih besar untuk para belia tempatan selain membantu pengusaha restoran meningkatk­an pendapatan menerusi kehadiran pelanconga­n yang ramai setiap hari.

Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bullah berkata Pusat Pelanconga­n Antarabang­sa Semporna itu antara lain akan menyaksika­n pembinaan sebuahhote­lbertarafe­mpatatau lima bintang yang menyediaka­n antara 150 hingga 200 buah bilik di atas tapak seluas 2.2 hektar di sini.

Beliau berkata pembanguna­n pusatpelan­congananta­rabangsa tersebut merupakan usaha sama antara Warisan Harta Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dengan Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) kerana wujudnya keperluan menyediaka­n kemudahan perhotelan seumpama itu di Semporna.

“Semporna adalah sebuah daerah terkenal sebagai destinasi pelanconga­n kerana banyak pulau peranginan cantik. Daerah ini menerima kehadiran kira-kira 1,500 pelancong setiap hari. Namun begitu, daerah ini masih kekurangan kemudahan hotel untuk memenuhi keperluan pelancong.

“Justeru, dengan terbinanya hotel di hab (pusat) pelanconga­n Semporna ini akan melonjakka­n lagi industri pelanconga­n daerah yang tentunya akan memberi limpahan kepada penduduk setempat untuk bersama-sama merasai nikmat pembanguna­n itu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Ahad.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia