Utusan Borneo (Sabah)

LASS anjur larian amal

- Oleh YAP SIONG HAN (lima kanan) bersama AJK LASS lain merakamkan gambar kenangan

KOTA KINABALU: Persatuan Perkhidmat­an Ambulan Lions (LASS) Kota Kinabalu akan menganjurk­an satu larian amal bagi mengumpul dana untuk menanggung operasi harian badan itu.

Pengerusi LASS Karen Koh Eng Yan berkata, larian itu akan diadakan pada 1 Julai 2018 dengan jarak 8 kilometer sahaja bermula seawal jam 6.30 pagi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Likas.

“Dengan tema ‘Run To Save Lives 2.0’, pihak penganjur menjangkak­an seramai 3,000 orang akan menyertai larian amal ini.

“Larian ini juga digunakan sebagai platform mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang awam mengenai perkhidmat­an ambulan percuma yang ditawarkan LASS,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.

Katanya, sebanyak 17 Kelab Lions dari sekitar bandaraya ini, Penampang dan Tuaran dengan lebih 600 ahli menyokong inisiatif yang diwujudkan LASS.

Koh berkata, sejak wujud perkhidmat­an ambulan secara percuma pada 2011, LASS telah memberikan maklum balas kepada lebih 4,000 kes dan menyelamat­kan banyak nyawa.

“Kini LASS mempunyai dua unit ambulan yang beroperasi 24 jam dengan kos penyelengg­araan tahunan berjumlah RM250,000.

“Yuran untuk larian ini berjumlah RM70 kepada peserta yang mendaftar awal (tawaran sehingga 30 April) dan RM90 untuk yuran bermula 1 sehingga 31 Mei.

“Yuran bagi peserta 18 tahun ke bawah adalah RM50 dan tarik tutup penyertaan adalah pada 31 Mei depan,” katanya.

Katanya, peserta akan mendapat sehelai kemeja T, pingat, cabutan bertuah dan cendera kenangan.

Borang penyertaan boleh dimuat turun dari FaceBook@ kklionsamb­ulance atau daftar secara atas talian www. kklionsamb­ulance.org.my.

 ??  ?? KAREN
KAREN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia