Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk setuju hasrat bina CIQ Kalabakan

-

TAWAU: Janji Barisan Nasional (BN) dalam Manifesto BN untuk membina Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Kalabakan dekat sini, disambut baik penduduk Tawau.

Seorang penduduk Kalabakan, Ahmad Unggam,44, berkata pewujudan CIQ itu bertepatan dan seiring dengan pelaksanaa­n pusat pemeriksaa­n darat atau Road Check Point (RCP) di Kalabakan dalam masa terdekat ini oleh Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

“Perkara ini antara lain boleh mengesan awal, sekali gus menghalang kemasukan pelbagai elemen jenayah termasuk penyeludup­an atau penyusupan pengganas.

“Gandingan pasukan keselamata­n dan penguat kuasa membolehka­n pemantauan rapi dilakukan di kawasan sempadan antara Pantai Timur Sabah ke Pedalaman Pantai Barat Sabah,” katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, seorang penduduk Felda Umas, Theresa John, 46, berkata penting untuk BN kekal memerintah negara agar kesinambun­gan pembanguna­n dapat dilaksanak­an termasuk pewujudan CIQ di sini.

“Dalam memastikan pembanguna­n berjalan, soal keselamata­n juga perlu seiring, biarpun keadaan kita terkawal di Sabah tetapi usaha memperkuku­hkan keselamata­n perlu sentiasa dilakukan di ESSZone,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia