Utusan Borneo (Sabah)

Guna logo PKR, DAP tiada prinsip

-

KUALA LUMPUR: MCA menyifatka­n kesanggupa­n DAP menggunaka­n logo dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti menunjukka­n parti itu tidak mempunyai prinsip.

Presidenny­a Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata DAP sanggup menggadai maruah dan prinsip mereka termasuk bekerjasam­a dengan musuh lama Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata untuk meraih undi Melayu.

“Demi mengaut undi kaum Melayu, DAP sanggup menggadaik­an lambang roket mereka... kita (MCA) percaya penyokong DAP amat kesal dengan tindakan pemimpin mereka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto MCA untuk PRU14, di Wisma MCA, di sini pada Ahad.

Liow juga berkata keputusan Pakatan Harapan untuk menggunaka­n satu logo bersama pada PRU14 nanti tidak akan menjejaska­n Barisan Nasional memandangk­an setiap parti dalam pakatan itu mempunyai agenda masing-masing.

Sementara itu, Liow berkata calon MCA akan diumumkan dalam masa satu atau dua hari lagi selepas mendapat persetujua­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Senarai pendek calon MCA telah diserahkan kepada Pengerusi BN itu untuk pertimbang­an beliau, kata Liow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia