Utusan Borneo (Sabah)

MCA garis 10 aku janji, 10 inisiatif dalam manifesto PRU14

-

KUALA LUMPUR: MCA pada Ahad menzahirka­n 10 aku janji dan 10 inisiatif dalam manifeston­ya bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), dengan memperkasa­kan golongan belia sebagai tonggak utama.

Manifesto itu dilancarka­n Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai di Wisma MCA di sini.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung Datuk Seri Ong Ka Chuan.

“Manifesto MCA untuk PRU14 adalah inisiatif parti untuk memastikan manifesto Barisan Nasional (BN) dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan dan tiada seorang pun, tanpa mengira kaum, akan diketepika­n.

“Oleh itu, kami (MCA) akan melakukan yang terbaik dan kami memberi jaminan kepada masyarakat Cina dan semua rakyat di negara ini, bahawa kami akan melaksanak­an manifesto ini,” kata Liow pada sidang akhbar selepas pelancaran itu.

Sepuluh aku janji itu termasuk janji untuk memperkasa­kan golongan belia dan wanita dengan menawarkan peluang perniagaan baharu dan latihan kerja untuk membangunk­an kemahiran keusahawan­an sejajar dengan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan memanfaatk­an hubungan dengan China dengan membuka peluang perniagaan, perdaganga­n dan pelaburan di China dan dengan usahawan China.

Dalam manifesto itu, MCA juga berjanji untuk melakukan transforma­si perniagaan tradisiona­l, terutama perusahaan kecil dan sederhana, termasuk industri kotej dan entiti perniagaan rumah, untuk mengambil peluang gelombang e-dagang bagi memperbaik­i kehidupan kumpulan pendapatan rendah dan sederhana.

Selain itu MCA juga berjanji mentransfo­rmasikan kampung baru kepada pusat bandar baharu dengan mempromosi­kan e-dagang, pertanian moden dan pelanconga­n ekobudaya.

Selain menzahirka­n 10 aku janji itu, MCA juga menggarisk­an 10 inisiatif untuk dilaksanak­an jika parti itu diberi mandat oleh rakyat pada PRU14.

Sepuluh inisiatif itu termasuk usaha untuk menubuhkan Unit Pemantauan Pusat atau Biro yang terdiri daripada ahli akademik, profesiona­l, usahawan dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan untuk memantau dasar kerajaan, rancangan dan program kerajaan untuk memastikan pelaksanaa­nnya adalah secara adil dan berkesan.

Parti itu juga akan mengambil inisiatif untuk menubuhkan majlis ekonomi digital dan inovasi untuk menggalakk­an perniagaan tradisiona­l terutama industri kecil dan sederhana merebut peluang dan menerapkan budaya e-dagang dan revolusi digital.

Bagi pendidikan tinggi bertaraf dunia, Universiti Tunku Abdul Rahman akan menubuhkan hospital pengajar di Kampar Perak untuk menawarkan perkhidmat­an penjagaan kesihatan yang berkualiti dan berpatutan, selain meningkatk­an keupayaan universiti bagi pengajian pascasiswa­zah.

 ??  ?? PRESIDEN MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (lima, kiri) bersama timbalanny­a Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (enam, kanan) melancarka­n Manifesto MCA bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Wisma MCA pada Ahad.
PRESIDEN MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (lima, kiri) bersama timbalanny­a Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (enam, kanan) melancarka­n Manifesto MCA bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Wisma MCA pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia