Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Perak perlu sokong BN, usah ulangi peristiwa 2008

-

KUALA KANGSAR: Rakyat Perak perlu membuat pilihan yang tepat agar peristiwa pahit bersejarah di mana Perak jatuh ke tangan pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008 tidak berulang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu, kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak perlu memenangi lebih banyak majoriti agar rangkaian kesinambun­gan antara kepimpinan pusat dan negeri dapat diteruskan.

“Betapa sukarnya ketika itu selama 11 bulan saya fikir wakil-wakil rakyat kita nak pakai khemah atau dewan termasuk kerusi untuk adakan sebarang program pun tidak dibenarkan.

“Akhirnya doa orang yang dizalimi tiada hijab, itu sebabnya Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir) menjadi Menteri Besar sehingga sekarang,” katanya ketika berucap merasmikan Dewan Millenium Lubuk Merbau dan Karnival Pelanconga­n Padang Rengas@Visit My Kampung 2018 di sini pada Ahad.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan BN Perak bukan hanya perlu dikekalkan tetapi harus diperkukuh­kan dengan dokongan rakyat agar kemenangan dapat diperolehi.

Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Pengerusi BN berkata parti itu mengambil serius dalam mempertaha­nkan Perak agar segala perancanga­n pada peringkat persekutua­n dan negeri dapat diteruskan demi rakyat.

“Seri Iskandar akan ada lapangan terbang yang baharu, yang akan memberi kemudahan kepada semua, ini termasuk juga pembinaan WCE (Lebuh Raya Pantai Barat).

“Apabila gendang dipukul, beduk berbunyi, meriam ditembak kita jangan toleh belakang, kita harus pandang depan dan pilihan kita hanya satu iaitu mengundi hanya calon-calon BN dalam PRU14 nanti,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid yang merupakan Naib Presiden UMNO menjalanka­n tugas Timbalan Presiden Umno meminta jentera Perak yang diketuai Zambry untuk merampas semula kerusi Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang yang bakal ditandingi BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Insya-Allah, jangan ada perasaan perkauman pun di kalangan kita. Saya tidak mahu mendahului Perdana Menteri tetapi eloklah Parlimen Lumut kita ambil alih,” katanya.

Bercakap mengenai Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid berkata BN memenangi kerusi DUN Rungkup tetapi kalah di DUN Hutan Melintang pada dua pilihan raya umum lalu.

“Takkan kawasan Timbalan Perdana Menteri ada kawasan kita kalah, saya nak letak muka kat mana, besarlah malu saya. Jadi, saya juga hendak menyumbang kekuatan dua kerusi DUN (di Bagan Datuk) kepada kekuatan kerajaan negeri Perak,” katanya.

Beliau turut meminta agar usaha perlu dijalankan dengan meningkatk­an majoriti kemenangan di Parlimen Padang Rengas yang disandang oleh Mohamed Nazri Abdul Aziz dan dua DUN di bawahnya iaitu Lubuk Merbau dan Chenderoh yang merupakan ‘kawasan putih’.

 ??  ?? TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melaungkan ‘Hidup Barisan Nasional ketika menyampaik­an amanatnya pada majlis perasmian Karnival Pelanconga­n Padang Rengas@Visit My Kampung dan Dewan Millenium Lubuk Merbau pada Ahad.
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melaungkan ‘Hidup Barisan Nasional ketika menyampaik­an amanatnya pada majlis perasmian Karnival Pelanconga­n Padang Rengas@Visit My Kampung dan Dewan Millenium Lubuk Merbau pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia