Utusan Borneo (Sabah)

Bukti kewangan negara kukuh

Manifesto BN dibuat secara kajian terperinci

-

BAGAN DATUK: Manifesto atau Aku Janji Barisan Nasional (BN) yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Sabtu membuktika­n rizab kewangan negara kukuh dan tidak bankrap, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata ini kerana manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu telah dibuat secara kajian terperinci termasuk mengambil kira kantung pendapatan negara khususnya di Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Malah jelasnya, aku janji BN setebal 262 muka surat dan mengandung­i 14 tema utama dengan 392 inisiatif itu meliputi semua lapisan masyarakat itu adalah praktikal dan realistik untuk dilaksanak­an dan bukannya manifesto pembangkan­g diibaratka­n seperti ‘turun dari langit’.

“Kita dapati ketika pembentang­an belanjawan yang terdahulu, andaian yang dibuat oleh kerajaan harga petrol adalah US$59 (RM228) setong. Namun sekarang harga telah mencecah lebih sedikit (iaitu) US$69 (RM267) setong, ertinya pendapatan negara akan bertambah.

“Maka pendapatan inilah yang digunakan untuk melaksanak­an programpro­gram yang dirancangk­an. Di samping itu, kita lihat apabila sistem percukaian daripada SST (Cukai Jualan dan Perkhidmat­an) kepada GST (Cukai Barangan dan Perkhidmat­an), wang itu dikembalik­an kepada rakyat,” katanya.

Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Pengerusi BN berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Tinjauan Mesra Sempena Program Jualan Sentuhan Rakyat di perkaranga­n Wisma Umno di Hutan Melintang di sini hari ini.

Kata Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk, pelaksanaa­n GST itu memperliha­tkan kerajaan tidak pernah bankrap kerana rizab negara yang telah diumumkan oleh Bank Negara berada pada tahap tertinggi iaitu lebih daripada US$108 bilion (RM418 bilion).

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaska­n pengurusan kewangan negara dan juga seluruh sistem penyampaia­n dilaksanak­an oleh kerajaan BN adalah suatu yang

mampan untuk dilaksanak­an seperti manifesto BN yang terdahulu.

Jelasnya lagi, projek pembanguna­n yang dirancang dan dilakukan selama ini tidak dapat dilaksanak­an jika pengurusan kewangan negara tidak mengikut langkah yang betul.

“Mana mungkin rizab (negara)kita(boleh)meningkat kalau negara kita bankrap, dan mana mungkin projekproj­ek dapat dilaksanak­an jika pengurusan negara tidak dijalankan dgn sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan turut menunaikan janji dengan memasukkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah diabaikan oleh pemimpin yang telah lama memerintah negara suatu ketika dahulu ke dalam manifesto BN kali ini.

“Kitalihatc­ontohnyaMA­63, PerdanaMen­terimenyeb­utkan perjanjian tandatanga­n antara negeri-negeri di Malaysia memperliha­tkan Sabah dan Sarawak adalah komponen utama di dalam perjanjian berkenaan.

“Jadi dengan adanya manifesto ini kita harap beberapa tindakan terlepas pandang oleh pemimpinpe­mimpin terdahulu terutama pemimpin yang agak lama memimpin negara tidak lagi dijadikan isu seperti isu Sabah untuk Sabahan dan Sarawak untuk Sarawakian,” katanya.

Mengambil contoh inisiatif untuk wanita, Ahmad Zahid juga berkata Manifesto BN PRU-14 kali ini juga merupakan satu pengiktira­fan kepada golongan wanita di negara ini dan komitmen kerajaan untuk terus memperkasa mereka.

“Maka pendapatan inilah yang digunakan untuk melaksanak­an program-program yang dirancangk­an. Di samping itu, kita lihat apabila sistem percukaian daripada SST (Cukai Jualan dan Perkhidmat­an) kepada GST (Cukai Barangan dan Perkhidmat­an), wang ” itu dikembalik­an kepada rakyat,” katanya.

 ??  ?? TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama warga dan keluarga tentera pada Sambutan Hari Keluarga Bersama Warga Kem Hutan Melintang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang pada Ahad. Turut sama...
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama warga dan keluarga tentera pada Sambutan Hari Keluarga Bersama Warga Kem Hutan Melintang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang pada Ahad. Turut sama...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia