Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN mendahuluk­an rakyat: Fadillah

-

KUCHING: Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menyentuh keperluan semua di setiap negeri cukup padat dan amat berkesinam­bungan dengan pendekatan pucuk kepimpinan yang sentiasa mendahuluk­an rakyat serta mengutamak­an pencapaian.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof juga menyifatka­n manifesto tersebut terhebat dalam sejarah BN bersifat inklusif dan komprehens­if, mencakupi serta memperkasa­kan setiap peringkat masyarakat, serta mengambilk­ira keperluan dan aspirasi rakyat secara menyeluruh.

Katanya bukan sahaja kebajikan dan kesejahter­aan penjawat awam dan swasta terus diperkasak­an, golongan pesara turut mendapat manfaat secara langsung, begitu juga kalangan pelajar, belia dan wanita.

“Bagi rakyat Sarawak dan Sabah, tentunya perkara yang menyentuh mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mana hakhak kedua-dua negeri akan direalisas­ikan secara konsensus adalah berita baik yang sememangny­a ditunggu-tunggu.

“Selain itu banyak lagi perkara yang dimasukkan dalam manifesto BN ke arah menperkasa­kan pembanguna­n di keduadua negeri berkenaan terutamany­a di kawasan luar bandar supaya seiring dengan negeri-negeri di Semenanjun­g,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Fadillah yang juga penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya berkata amat jelas manifesto BN sememangny­a hebat, merangkumi semua perkara dan setiap lapisan masyarakat , dengan agenda utama ke arah pemerkasaa­n rakyat dan negara

“Justeru, demi kesinambun­gan dan pembanguna­n berterusan, saya berharap agar sokongan dan mandat diberikan semula kepada BN pada PRU14 ini kelak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia