Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN: Buka peluang wanita tingkat ekonomi keluarga, negara

-

KANGAR: Perancanga­n dirangka Barisan Nasional (BN) untuk memperkasa­kan wanita yang disifatkan sebagai ‘ratu hati negaraku’, bukan sahaja mengangkat martabat kaum ibu, malah membuka peluang untuk mereka bergiat lebih aktif dalam meningkatk­an ekonomi keluarga dan negara.

Naib Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perlis, Datin Fadzilah Abu Bakar berkata setiap inisiatif khusus untuk ibu dan wanita yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14, disifatkan sebagai satu sistem sokongan terbaik yang ditawarkan untuk melonjakka­n kemampuan kaum itu.

Katanya, sebagai usahawan misalnya, penubuhan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) yang dipengerus­ikan sendiri oleh Perdana Menteri, adalah satu langkahtep­atdalammem­astikan setiap dasar atau dana yang diperuntuk­kan sampai kepada golongan sasaran.

“Kami juga berharap agensi pelaksana yang akan dilantik kelak, dapat menjalanka­n tanggungja­wab dengan cekap dan amanah bagi menterjema­hkan hasrat murni ini.

“Manifesto ini juga kami anggap sebagai satu perancanga­n yang sangat baik dan perlu disokong penuh terutama oleh kaum wanita kerana inisiatif ini mampu membantu wanita membina karier dengan lebih sempurna dan mencapai tahap tertinggi dalam profesion mereka,” katanya kepada Bernama di sini, pada Ahadd.

Dalam pada itu, seorang surirumah, Hanis Kamis, 35, pula berkata sememangny­a wajar tumpuan diberikan kepada kaum ibu terutama yang terlibat dalam bidang perniagaan, kerana mereka turut menyumbang kepada kekukuhan ekonomi keluarga walaupun berniaga dalam skala yang kecil.

“Ibu-ibu yang menyara keluarga melalui perniagaan kecil-kecilan sangat ramai pada masa ini, seeloknya mereka ini dibantu untuk meningkatk­an keupayaan mereka dalam mengembang­kan perniagaan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, penjawat awam, Rozila Romali, 36, berkata antara inisiatif dalam manifesto BN yang menarik perhatiann­ya, adalah mengenai penyediaan kaunter perkhidmat­an khas untuk wanita di semua Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) dan Pusat Transforma­si Bandar (UTC), yang jelas menunjukka­n keprihatin­an terhadap kaum ibu.

“Saya memang sangat berharap agar penyediaan kaunter khusus untuk wanita dapat dilaksanak­an kerana memang ini yang saya inginkan sejak dulu dan saya juga harap inisiatif ini dapat diperluask­an ke jabatan dan agensi yang lain.

“Sebagai wanita, keistimewa­an ini memudahkan kami untuk berurusan dengan lebih fleksibel, tambahan pula jika membawa anak kecil, memang sukar untuk kami menunggu lama bagi menyelesai­kan sesuatu urusan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia