Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN beri kelebihan pada rakyat Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bukan sahaja untuk kepentinga­n rakyat tetapi juga menekankan pembanguna­n modal insan dan ekonomi negara, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Katanya, pengumuman pembinaan lebuh raya yang menghubung­kan Tepoh, Kuala Nerus ke Kelantan juga memberi banyak kelebihan kepada rakyat Terengganu.

“Sekiranya diberi mandat sekali lagi kepada kerajaan BN untuk memerintah, sudah pastinya pengumuman pembinaan lebuh raya ini akan merancakka­n lagi ekonomi tempatan tersebut di samping menjimatka­n masa perjalanan.

Inimerupak­anberitage­mbira buat rakyat Terengganu khususnya penduduk di Kuala Nerus, Setiu dan Besut. Rakyat perlu yakin dan percaya bahawa Kerajaan BN merupakan kerajaan yang diasaskan untuk memberikan kesenangan dan kemakmuran kepada rakyat, bukannya berasaskan dendam dan benci yang akhirnya akan memakan diri sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarka­n lewat malam Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas manifesto BN bertemakan ‘Bersama BN, Hebatkan Negaraku” yang dilancarka­n oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kuala Lumpur malam tadi.

Ahmad Razif turut menyifatka­n manifesto itu adalah bukti BN yang tidak sesekali mengabaika­n nasib rakyat dari setiap golongan, bermuladar­iPerlisseh­inggalah ke Sabah yang menekankan setiap inci perihal kebajikan rakyat serta pembanguna­n negara.

“Kerajaan BN merupakan sebuahkera­jaanyangme­nepati janji dan tidak menjanjika­n bulan dan bintang kepada rakyat.

Jadi rakyat tidak perlu berasa takut dan ragu-ragu dengan kerajaan Barisan Nasional kerana kita janji, kita umum, kita buat dan kita laksanakan, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia