Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto beri tumpuan kepada semua golongan

-

BERA: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangk­an oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Sabtu disifatkan yang terbaik pernah dijanjikan parti itu pada pilihan raya umum yang diadakan selama ini.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan manifesto yang inklusif bukan sahaja mengambil kira kepentinga­n kaum Melayu, tetapi juga kaum-kaum lain di negarainit­ermasukmas­yarakat Orang Asli dengan peruntukan tambahan untuk memperbaik­i kediaman mereka.

“Perhatian juga terus diberikan kepada masyarakat di luar bandar dan kerajaan berjanji untuk menyelesai­kan sepenuh masalah bekalan air dan elektrik di kawasankaw­asan pendalaman menjelang tahun 2020.

“Begitu juga dengan akujanji untuk perdana menteri untuk menambah peruntukan bagi perumahan generasi kedua Felda, ia menunjukka­n usaha serius kerajaan mengatasi masalah perumahan untuk golongan itu di negara ini,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Jentera BN P90 Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda, di sini hari ini yang dihadiri oleh lebih 2,000 jentera terdiri daripada pelbagai parti komponen BN.

Turut hadir Pengerusi MIC Pahang Datuk R Goonasekar­an, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Mohd Fadil Osman, dan Adun Guai Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.

Katanya menerusi 14 teras dan 364 inisiatif yang digariskan itu, rakyat di Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggala­n menerima manfaat melalui usaha kerajaan memperting­katkan tahap pendidikan di dua negeri itu serta langkah penyeragam­an harga barangan tertentu dengan Semenanjun­g Malaysia.

“Kita boleh berjanjii kerana manifesto PRU13, sebanyak 99.4 peratus kita telah laksanakan dan setiap yang kita janjikan ini berbeza dengan pembangkan­g yang hanya tahu berjanji tetapi tidak dapat melaksanak­annya.

“Contohnya pada PRU lalu, pembangkan­g menjanjika­n untuk membina rumah kos rendah di Pulau Pinang, namun apa yang terjadi? Yang mereka bina hanyalah rumah yang berharga RM500,000 ke atas. Mereka juga berjanji untuk menghapusk­an tol, tetapi sampai sekarang tidak juga melaksanak­annya.

“Di Selangor pula, isu air pun mereka tidak berjaya selesaikan­nya, bak kata perdana menteri, rakyat bagi undi, tetapi PKR balas dengan baldi untuk tadah air dekat lori,” katanya.

Sehubungan itu Ismail Sabri menyeru rakyat supaya menggunaka­n hak mereka sebaiknya pada PRU14 nanti agar agenda pembanguna­n dan tranformas­i negara yang telah direncanak­an oleh kerajaan selama ini dapat terus dilaksnaka­n.

 ??  ?? MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukka­n Manifesto Barisan Nasional pada pelancaran Jentera BN P90 Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda pada Ahad.
MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukka­n Manifesto Barisan Nasional pada pelancaran Jentera BN P90 Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia