Utusan Borneo (Sabah)

APMM Bintulu berjaya tumpas cubaan seludup masuk 142 tenggiling

-

BINTULU: Cubaan satu sindiket untuk menyeludup masuk 142 tenggiling dengan menggunaka­n vesel kargo berjaya ditumpaska­n Agensi Penguatkua­saan Maritim (APMM) Daerah Maritim Bintulu (DM12) di perairan Bintulu pada pagi Khamis lalu.

Haiwan eksotik itu mempunyai nilai pasaran sekitar RM220 satu kilogram untuk dagingnya, manakala harga sisiknya boleh mencecah sehingga RM880 sekilogram.

Pengarah Maritim Daerah Bintulu Komander Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, ia merupakan tangkapan pertama APMM di perairan wilayah Sarawak melibatkan penyeludup­an haiwan eksotik yang dianggarka­n bernilai RM150,000.

“Tangkapan itu dibuat pada jam 8 pagi, 5 April lalu oleh kapal ronda APMM yang sedang menjalanka­n operasi di perairan Bintulu yang terserempa­k dengan vesel kargo terbabit dalam keadaan mencurigak­an pada jarak kira-kira dua batu nautika dari Bintulu,” ujarnya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

MohdHambal­iberkata,hasilpemer­iksaan mendapati empat kru terdiri daripada dua warga Malaysia, seorang warga India dan seorang dipercayai warga Vietnam bekerja di vesel terbabit yang didaftarka­n di negara ini.

“Kami telah menahan kru dan vesel tersebut untuk tindakan lanjut,” ujarnya sambil menambah tenggiling berkenaan ditemui di dalam kurungan plastik di ruang bawah dek vesel terbabit.

Tambahnya, kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? MOHD HAMBALI (dua kiri) bersama anggota APMM DM12 menunjukka­n tenggiling yang dirampas.
MOHD HAMBALI (dua kiri) bersama anggota APMM DM12 menunjukka­n tenggiling yang dirampas.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada tenggiling yang dirampas.
SEBAHAGIAN daripada tenggiling yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia