Utusan Borneo (Sabah)

SRI boleh bekerjasam­a dengan kerajaan bangunkan Kuching

-

KUCHING: Kerajaan negeri mengalu-alukan penyertaan Institut Penyelidik­an Sehati (SRI) di bawah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bekerjasam­a dalam membangunk­an bandar raya ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sebagai contoh inisiatif ‘One-BeltOne-Road’ (OBOR) di bawah program SRI yang mempunyai kerjasama dengan China dilihat sebagai membuka peluang perkongsia­n dalam pelbagai perkara.

“Kerajaan dalam usaha membangunk­an semua bandar termasuk di Kuching dan SRI melalui OBOR khasnya anda harustidak­melepaskan­peluang bersama membangunk­an bandar raya ini dengan lebih kreatif.

“Ini kerana saya melihat OBOR yang turut mempunyai kerjasama dagangan dengan China, boleh berkongsi kuasa ekonomi dan belajar antara satu sama lain demi manfaat negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar OBOR serta pelancaran SRI yang dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Pengerusi SRI Datuk Lee Kim Shin di Ibu Pejabat SUPP di sini, pada Jumaat.

Selain itu, kata Abang Johari, kerajaan negeri juga sedang giat dalam melaksanak­an tiga dasar utama termasuk kemudahan fizikal, grid air dan rangkaian hubungan siber.

Melalui tiga dasar itu, beliau berharap SRI turut terlibat sama untuk melaksanak­an dasar demi manfaat rakyat Sarawak.

Sementara itu, Lee dalam ucapannya berkata, SRI diketuai Pengarah Penyelidik­an Dr Voon Jan Cham dan ia masih pada peringkat awal penubuhann­ya.

“Di bawah struktur organisasi kami, SRI akan mempunyai beberapa Rakan Penyelidik­an dari institusi pengajian tinggi, badan korporat serta organisasi sosial dan penyelidik­an.

“Seminar ini merupakan seminar awam pertama dianjurkan institusi.

“Bagaimanap­un, ramai yang tidak ada ilmu pengetahua­n yang mendalam mengenai implikasin­ya dan bagaimana ia berfungsi dan peluang yang ada dan dapat ambil selain cabarannya.

“Maka itu kami berasakan seminar mengenai subjek itu dan penceramah yang mewakili kerajaan China pada seminar ini adalah paling sesuai untuk memberikan kita perspektif yang baik supaya kita dapat memahaminy­a dengan lebih jelas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia