Utusan Borneo (Sabah)

Tiga nyaris maut kereta berlanggar lori sampah

-

KUCHING: Tiga individu berselisih maut apabila hanya mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan mereka berlanggar dengan sebuah lori muatan sampah berdekatan simpang Kampung Ranchan, Serian, pada Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, lori tersebut dipercayai hilang kawalan lalu melanggar dua kereta yang dinaiki ketiga-tiga individu tersebut sekitar jam 8.30 malam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM), lori muatan sampah berkenaan yang dinaiki tiga pekerja itu turut berlanggar dengan dua lagi kenderaan lain dari arah bertentang­an sekitar jam 8.30 malam.

Difahamkan, lori berkenaan sedang dalam perjalanan ke Sri Aman dari Serian.

Jabatan menerima panggilan sekitar jam 8.35 malam, dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba Serian dikerahkan ke tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia