Utusan Borneo (Sabah)

KPM perlu serius perkasa pendidikan sekolah rendah

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi mahu Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) serius dalam memperkasa­kan pendidikan di peringkat sekolah rendah.

Menterinya Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, dalam usaha itu, panggilan nama sekolah ‘rendah’ perlu ditukar kepada sekolah ‘utama’ atau ‘primary’ untuk mewujudkan kesedaran bahawa pendidikan peringkat tersebut dilihat penting dalam kalangan masyarakat.

Tegasnya, penekanan dan keutamaan pendidikan di peringat sekolah rendah di negara maju sememangny­a diberi perhatian serius agar pelajar mampu menguasai ilmu sepenuhnya sebelum melangkah ke sekolah menengah.

“Apabila disebut sekolah ‘rendah’,iamemberit­anggapan bahawapend­idikandipe­ringkat rendah ini tidak penting kerana orang beranggapa­n ia ‘rendah’ sahaja.

“Sebab itu, panggilan nama sekolah ‘rendah’ ini perlu ditukar kepada sekolah ‘utama’ atau ‘primary’ agar masyarakat dapat melihat pendidikan di peringat ini penting kepada anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 Zon Sarawak yang diadakan selama dua hari di Mydin Petra Jaya di sini, pada Sabtu.

Malah, Manyin turut menggesa KPM memperkasa­kan warga pendidik di peringkat sekolah rendah dalam usaha melahirkan modal insan yang mampan.

“Kalau kita lihat di negara maju, kelayakan seorang guru di sekolah rendah adalah ijazah sarjana (bidang pendidikan) dan perkara ini perlu kita lihat dan kaji supaya kita dapat memperkasa­kan pendidikan kita di negara ini,” tambahnya.

Menyentuh mengenai Sains, Teknologi, Kejurutera­an, Matematik (STEM), Manyin mendedahka­n peratusan penglibata­n pelajar mengambil jurusan tersebut masih rendah daripada sasaran kebangsaan.

“Kalau di Sarawak, kirakira 19 peratus pelajar kita mengambil STEM berbanding sasaran 60 peratus yang ditetapkan di peringkat kebangsaan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia