Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa diseru lengkapi anak dengan ilmu kemahiran, ICT

-

KUCHING: Ibu bapa dinasihati untuk melengkapk­an anak-anak dengan pelbagai ilmu kemahiran termasuk bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kata Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi.

Beliau berkata, ini kerana Sarawak terutama pada masa hadapan memerlukan tenaga pekerja yang mahir dalam bidang teknologi moden untuk pelbagai kegunaan.

“Malah, negara-negara yang maju masa kini semuanya menggunaka­n teknologi terkini bagi menjana pembanguna­n ekonomi negara.

“Oleh itu, modal insan yang berjaya dalam pelbagai bidang terutama yang dapat menguasai teknologi moden perlu dilahirkan sebanyak mungkin.

“Justeru untuk mencapai matlamatny­a, semua pihak terutama ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak mempelajar­i ilmu tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK)BandarBaru­Samariang di sini, pada Sabtu.

Dr Abdul Rahman turut menyaranka­n para pelajar SMK Bandar Samariang untuk menyahut cabaran dan sarànan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg agar berjaya dalam bidang ICT.

“Maka itu, dedahkanla­h anak-anak kita sekarang dengan ilmu ICT ini supaya suatu hari kelak, mereka akan dapat menguasai bidang tersebut ke peringkat lebih tinggi.

“Harapan saya agar SMK Bandar Samariang akan menjadi sekolah yang melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang ICT pada masa akan datang,” katanya.

Kejayaan yang diperolehi anak-anak pada hari ini akan menjadi pencetus atau pendorong kepada mereka untuk meneruskan kejayaan pada masa akan datang, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai.

Turut hadir, Pengetua SMK Bandar Baru Samariang Ja’afar Belal dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandar Baru Samariang Dr Zainal Abiddin Masleh.

 ??  ?? DR ABDUL Rahman merakamkan kenangan bersama penerima Anugerah Cemerlang SMK Bandar Baru Samariang di Kuching.
DR ABDUL Rahman merakamkan kenangan bersama penerima Anugerah Cemerlang SMK Bandar Baru Samariang di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia