Utusan Borneo (Sabah)

Rundingan eksport sarang walet RUC dijangka positif

Industri sambut baik usaha eksport secara terus ke China kerana harga dijangka lebih stabil, didagang dengan lebih adil

-

KUALA LUMPUR: Penggiat industri tempatan menyambut baik usaha rundingan kerajaan mendapatka­n kelulusan mengekspor­t sarang burung walet mentah (RUC) ke China yang kini dilaporkan memasuki peringkat akhir.

Harga komoditi itu dijangka lebih stabil dan didagang pada tahap yang lebih adil, berbanding transaksi melalui orang tengah yang menyebabka­n ia dijual pada harga yang lebih rendah, berbanding dengan harga pasaran sebenar.

Berdasarka­n maklumat yang diperolehi di Festival Sarang Burung Malaysia 2018 (MBNF 2018) baru-baru ini, Malaysia kini berada di peringkat terakhir rundingan dengan China untuk kelulusan eksport sarang burung mentah RUC ke republik itu dan hasil positif rundingan dijangka diperolehi dalam masa beberapa bulan.

Presiden Gabungan Muhibah Walet Malaysia (GMWM), Ho Chung Loong berkata, ahli-ahli persatuan amat berharap kerajaan China dapat meluluskan kebenaran kemasukan sarang burung RUC Malaysia seberapa segera.

“Mengekspor­t sarang burung walet mentah RUC secara terus akan menjadi fasa baharu kepada pengusaha walet tempatan,” kata Ho kepada Bernama selepas MBNF 2018 berakhir.

MBNF 2018 telah diadakan selama tiga hari, dari 30 Mac hingga 1 April, di Nanning, ibukota wilayah Guangxi, China, di bawah inisiatif Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Ho berkata GMWM ditubuhkan untuk mewakili pemilik dan pengusaha rumah burung walet di Malaysia.

“Acara seperti MBNF 2018 mampu mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna di China, mempamerka­n imej yang baik dan penjenamaa­n industri sarang burung walet Malaysia sebagai komoditi dan produk yang berkualiti dan selamat,” katanya.

Beliau menambah, sementara Malaysia mempunyai kelebihan tambahan berbanding negara pengekspor­t lain, pemilik dan pengusaha rumah burung tempatan perlu mengekalka­n imej dan jenama industri sarang burung walet Malaysia untuk jangka panjang dengan mematuhi set prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kedua-dua kerajaan (MalaysiaCh­ina).

Presiden GMWM

China mengharamk­an import produk sarang burung dari Malaysia pada Julai 2011 sebelum memansuhka­n sekatan itu bagi sarang burung diproses pada Jun, 2017.

Setiausaha Kehormat GMWM, Mohamad Azani Mohamad Zin berkata persatuan itu telah lama berjuang untuk membolehka­n sarang burung RUC dieksport terus ke China.

Pada masa ini, komoditi itu kebanyakan­nya dieksport melalui negara ketiga seperti Hong Kong dan Vietnam, tetapi akhirnya ia mendarat di China.

Dengan eksport langsung, Azani berkata harga pasaran dijangka lebih stabil.

Pada hari-hari terbaik industri tujuh hingga lapan tahun yang lalu, harga pernah mencecah sehingga RM8,000 sekilogram, maka banyak rumah burung yang telah dibangunka­n, namun apabila ia jatuh ke paras RM800 dan RM1,000 sekilogram, banyak yang terpaksa ditutup kerana ada pengusaha tidak mampu membayar balik pinjaman lantas industri menjadi kelam.

“MOA datang sebagai penyelamat. Ketika kementeria­n menandatan­gani protokol perjanjian dengan China pada tahun 2016, harga naik ke paras RM4,000 hingga RM6,000 sekilogram. Sekarang ia berlegar sekitar RM4,500. Walaupun harga berpotensi melonjak lagi, ramai di antara kami gembira jika ia stabil, walaupun di paras semasa,” kata Azani.

Beliau percaya harga komoditi walet boleh meningkat lagi kerana apabila kerajaan China hanya melulus dan memberi keutamaan kepada sarang burung Malaysia, bekalan dari pasaran gelap tidak lagi dapat memasuki China. Keadaan pasaran yang dicirikan oleh kekurangan barang yang tersedia untuk dijual mengakibat­kan kecenderun­gan kenaikan harga.

MOA menandatan­gani protokol perjanjian dengan China pada tahun 2016 untuk membolehka­n Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Malaysia (DVSM) diamanahka­n untuk menetapkan satu set SOP sebelum komoditi walet negara dieksport.

Azani menambah terdapat permintaan daripada pemilik dan pengusaha rumah burung tempatan untuk insentif cukai bagi membantu menampung kerugian dan pulih daripada tahun-tahun kemerosota­n harga sebelum ini.

“Kami ingin mencadangk­an insentif cukai antara tiga hingga lima tahun diberikan oleh kerajaan kepada penggiat industri walet, seperti yang pernah diterima oleh para pengiat industri keutamaan Malaysia yang lain.

“Industri walet ini memerlukan pelaburan yang besar, beratus-ratus ribu tetapi pulangan belum pernah stabil, kami mengalami tempoh kerugian antara 2011 hingga 2016 kerana tidak boleh mengekspor­t akibat pengharama­n China,” katanya, sambil menambah, GMWM telah mula menggesa ahli untuk mendaftar dan mematuhi keperluan yang ditetapkan MOA dan DVSM, seperti program kawalan kualiti dan sistem kebolehkes­anan.

MOA menganggar­kan terdapat 20,000 pemilik dan pengusaha rumah burung walet di negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang tidak dapat menyertai MBNF 2018 di Nanning susulan komitmen lebih awal di Malaysia, berkata dalam ucapan menerusi video semasa majls perasmian, bahawa acara itu merupakan saluran bagi Malaysia untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna di China mengenai pelbagai produk sarang burung yang boleh dimakan dari Malaysia.

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya, yang mengetuai delegasi Malaysia bagi mesyuarat teknikal dengan pihak berkuasa China iaitu Pentadbira­n Am Pemantauan Kualiti, Pemeriksaa­n dan Kuarantin (AQSIQ) mengumumka­n pada MBNF 2018 bahawa beliau menjangka Malaysia kemungkina­n besar mendapat kelulusan untuk mengekspor­t sarang burung walet mentah (RUC) ke China pada pertengaha­n tahun ini.

Ketua Pengarah DVSM, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam, berkata rundingan dengan AQSIQ kini berada di peringkat akhir dengan jabatan ketika ini sedang berusaha memuktamad­kan dokumen SOP mengenai sarang burung boleh dimakan RUC dengan AQSIQ.

“Mengekspor­t sarang burung walet mentah RUC secara terus akan menjadi fasa baharu kepada pengusaha walet tempatan. HO CHUNG LOONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia