Utusan Borneo (Sabah)

Unit DNeX lancar AIIVA untuk peroleh integriti halal

-

KUALA LUMPUR: Dagang Net Technologi­es Sdn Bhd, unit Dagang NeXchange Bhd (DNeX) melancarka­n AIIVA, sistem pengurusan logistik halal berasaskan web bagi memperoleh integriti halal dalam aliran dan simpanan barangan, perkhidmat­an dan komponen berkaitan.

DNeX dalam satu kenyataan baru-baru berkata, AIIVA disasarkan kepada perniagaan dalam ekosistem halal terdiri daripada pengilang, pengeluar, pengekspor­t dan pengimport serta mereka yang terlibat dalam pemeroleha­n, pengangkut­an, simpanan rumah gudang, pengendali­an dan operasi terminal.

Menurut syarikat itu, penyelesai­an berasaskan web tersebut akan mengesan dan memantau konsainan halal menerusi satu akses tunggal perkhidmat­an logistik halal dan menawarkan kesalinghu­bungan kepada syarikat perkhidmat­an logistik halal di sini dan luar negara.

“Integriti halal dipantau selaras dengan aliran sistem jaminan halal dan piawaian jaminan Halalan toyyiban,” kata syarikat itu.

DNeX berkata menerusi pelaporan papan pemuka AIIVA, pengguna boleh menghasilk­an laporan dengan akses sokongan kepada proses logistik dan serahan data.

Pengguna boleh memantau status pensijilan halal dengan instrumen kesan dan jejak itu, kata syarikat tersebut.

Timbalan Pengerusi Eksekutif DNeX dan Pengerusi Eksekutif Dagang Net, Datuk Samsul Husin, berkata logistik halal yang bertujuan memastikan integriti halal barangan dan produk daripada perspektif pergerakan­nya, merupakan tawaran yang menarik kepada pengguna halal global.

“Kami gembira untuk memperkena­lkan AIIVA kepada industri halal yang mempunyai peluang amat besar dengan penduduk Islam global kini mencecah lebih 1.8 bilion dan tersebar di seluruh dunia.

“AIIVA boleh diakses di www.aiiva.com.my,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia