Utusan Borneo (Sabah)

Unit Protasco peroleh kontrak senggara jalan

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Protasco Bhd, Empayar Indera Sdn Bhd, memperoleh­i kontrak daripada kerajaan Perak untuk kerja-kerja penyenggar­aan rutin dan berjadual jalan raya negeri.

Tempoh kontrak tersebut adalah lima tahun sehingga 31 Dis, 2024, dengan lanjutan dua tahun sehingga 31 Dis, 2026, menurut syarikat pembinaan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia baru-baru ini.

“Nilai kontrak bagi dua tahun pertama adalah kira-kira RM126.1 juta dan tertakluk kepada penilaian semula bagi setiap dua tahun sepanjang tempoh kontrak lima tahun dengan lanjutan dua tahun,” kata syarikat itu.

Protasco berkata pemberian kontrak itu merupakan lanjutan daripada kontrak penyenggar­aan sedia ada dengan kerajaan Perak, yang akan tamat pada Disember 2019.

Kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan masa depan Protasco.

Dalam kenyataan lain kepada bursa, Protasco berkata, Empayar Indera turut memperoleh­i kontrak kerja-kerja penyenggar­aan rutin dan berjadual bagi jalan pertanian di Perak selama lima tahun.

Nilai kontrak bagi dua tahun pertama adalah kira-kira RM90.1 juta dan tertakluk kepada penilaian semula bagi setiap dua tahun sepanjang tempoh kontrak lima tahun dengan lanjutan dua tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia