Utusan Borneo (Sabah)

Mawar Rashid, Elvina Mohamad dalam ‘Kalis Kasih’ di slot Samarinda TV3

-

KEHILANGAN kedua ibu bapa tersayang secara serentak dan sekaligus menjadi yatim piatu sememangny­a merupakan dugaan paling berat untuk diterima dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Disusuli pula dengan masalah rumahtangg­a yang berantakan dan kehilangan kedua anak yang disayangi.

Itulah yang dilalui oleh Mawar Rashid menerusi lakonannya dalam drama Samarinda ‘Kalis Kasih’, yang turut dibintangi oleh Elvina Mohamad, Amar Baharin, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Amyza Aznan, Azri Iskandar, Rosnah Johari, dan Iduerra Matilda.

‘Kalis Kasih’ arahan saudara Nazir Jamaludin yang mengandung­i 15 episod ini diterbitka­n oleh Z K Creative Production Sdn Bhd.

Drama yang bertemakan kekeluarga­an dan pengorbana­n ini bakal menemui penonton semua pada setiap Isnin hingga Rabu, jam 10.00 malam.

Menurut pengarah drama ini, Nazir Jamaludin, “Perbezaan drama ini dengan drama lain adalah ia memaparkan tiga watak utama, namun mereka bukanlah dalam situasi cinta tiga segi. ‘Kalis Kasih’ menekankan lebih kepada nilai kasih sayang antara keluarga dan kepentinga­n keharmonia­n rumah tangga.”

“Sinergi daripada gabungan lakonan adik Iduerra dengan Amar Baharin, Mawar Rashid, dan Elvina Mohamad telah mewujudkan keserasian yang kami percaya mampu membawa perhatian para penonton ke sebuah pengembara­an baharu, iaitu mendalami plot ‘Kalis Kasih’. Oleh itu, kami berharap, agar para penonton dapat menerima drama ini dengan hati dan minda yang terbuka,” tambahnya.

Drama ini mengisahka­n tentang dua orang sepupu yang sebaya tetapi berbeza karakter dan latar belakang iaitu Amanda dan Dania.

Amanda (lakonan Mawar Rashid) dibesarkan di bandar dan sudah biasa dengan kesenangan, manakala Dania, yang dilakonkan oleh Elvina Mohamad, dibesarkan di kampung dan hidup dalam kesederhan­aan.

Takdir seakan ingin menduga mereka berdua apabila ibu bapa Amanda lemas ketika beriadah di sungai. Amanda terpaksa meninggalk­an kehidupan bandarnya dan berpindah ke kampung untuk tinggal bersama keluarga Dania.

Amanda yang tidak tahan tinggal di kampung belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh.

Setelah berjaya, Amanda bekerja di bandar dan berkahwin dengan Khair, lakonan Amar Bahrain.

Pada masa sama, Dania pula telah menjalinka­n hubungan dengan Bard (Syazwan Zulkifli), seorang jejaka kampung yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Hubunganny­a dengan Bard tidak disenangi oleh kedua-dua ibu bapa Dania, Pak Kudin dan Mak Zauyah.

Setelah beberapa bulan berlalu, Amanda melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakan Iris. Khabar gembira ini menimbulka­n keterujaan Mak Zauyah yang ketika itu tidak sihat. Dia ingin menyediaka­n air akar kayu untuk Amanda. Namun, tanpa diduga, Mak Zauyah telah tergelinci­r di dapur dan meragut nyawanya.

Setelah enam tahun berlalu, Dania akhirnya bertunang dengan Bard. Syarikat audit Amanda dan Khair semakin maju dan ini membuatkan mereka terlalu sibuk sehingga tidak dapat menguruska­n anaknya Iris.

Amanda meminta bantuan Dania untuk menjadi pengasuh Iris. Pada masa sama, Amanda juga sedang mengandung­kan anak kedua. Dania teruja apabila dipelawa untuk menjadi pengasuh Iris di samping menjaga rumah Amanda dan Khair.

Puan Halena, ibu Khair pula senang hati melihat rumah tangga anaknya semakin terurus semenjak kehadiran Dania di rumah Amanda.

Pada ketika itu juga, pertunanga­n Dania dengan Bard telah diputuskan oleh Pak Kudin apabila Bard dilihat menjalinka­n hubungan sulit bersama wanita lain. Walaupun pertunanga­n Dania terputus, kehidupan Dania tidak terjejas kerana Dania sedang bahagia bersama Iris.

Namun, kebahagiaa­n keluarga ini hanyalah sementara apabila mereka diduga dengan Amanda yang keguguran anak keduanya dan kematian Iris. Ini membuatkan hubungan Amanda dan Dania semakin renggang. Apakah yang telah berlaku di dalam keluarga ini?

Dapatkah mereka merasakan kemanisan keluarga bahagia sekali lagi seperti dahulu kala? Ikuti kisah pergolakka­n rumah tangga Amanda dan krisis hubungan Dania ini dalam drama Samarinda Kalis Kasih setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 10.00 malam, di TV3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia