Utusan Borneo (Sabah)

Filem Penelope Cruz & Javier Bardem pembuka festival Cannes

-

FESTIVAL filem Cannes akan dibuka pada bulan depan dengan filem baharu ‘Everybody Knows’ daripada pengarah unggul Iran, Asghar Farhadi, yang dibintangi Penelope Cruz dan Javier Bardem, kata penganjur.

Filem aksi psikologi yang dibuat dalam bahasa sepanyol itu juga akan bertanding untuk anugerah Palme d’Or – kali pertama dalam tempoh enam tahun di mana sebuah filem pembukaan akan bertanding untuk hadiah utama di festival tersebut.

Walaupun Farhadi memenangi anugerah Oscar dan anugerah Golden Bear di Berlin untuk filemnya pada 2011, ‘A Separation’, dia tidak pernah memenangi anugerah Palme d’Or, tetapi dua filemnya kemudian – ‘The Past’ (2013) dan ‘The Salesman’ (2016) – memenangi anugerah dalam kategori-kategori lakon layar terbaik, aktor terbaik dan aktres terbaik.

‘Everybody Knows’, yang turut memaparkan bintang Argentina, Ricardo Darin, menceritak­an kisah seorang wanita lakonan Cruz yang kembali dari Buenos Aires ke kampung halamannya di Sepanyol bersama suami dan anak-anaknya.

Cruz dan Bardem merupakan pasangan emas dalam industri perfileman berbahasa Sepanyol, dan sudah samasama membintang­i beberapa buah filem termasuk ‘Loving Pablo’ pada tahun lepas, mengenai seorang wartawan yang jatuh cinta dengan raja dadah yang kejam dari Colombia, Pablo Escobar.

Farhadi, 45, merupakan salah seorang pengarah paling tersohor di Iran, yang telah mencipta nama untuk diri sendiri dengan cerita-cerita yang tegang dan diolah dengan teliti baik di dalam mahupun di luar tanahairny­a.

Filem itu akan dikeluarka­n di Perancis pada 9 Mei, sehari selepas festival selama 11 hari itu bermula. —

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia