Utusan Borneo (Sabah)

Van merempuh orang ramai di Jerman

Sekurang-kurangnya dua maut dalam tragedi di Muenster, penyerang bunuh diri

-

MNSTER: Seorang lelaki memandu van merempuh sebuah teres restoran yang sesak di Jerman kelmarin, membunuh sekurang-kurangnya dua orang sebelum menembak dirinya sendiri dan pihak berkuasa percaya suspek mengalami sakit mental.

Imej lokasi kejadian menunjukka­n kerusi meja patah dan terbalik di laluan pejalan kaki di tengah kota purba indah Muenster.

Sambil menegaskan siasatan masih dijalankan, menteri dalam negeri Herbert Reul berkata, penyerang dipercayai warga tempatan, bukannya pelarian atau pemohon suaka.

“Setakat ini tiada petunjuk bahawa ia berkaitan Islamis,” kata Reul, dari Parti Demokrat Kristian pimpinan Canselor Angela Merkel.

Sekurang-kurangnya 20 cedera, enam daripadany­a serius, kata polis, manakala penyerang dijumpai mati ditembak di belakang stereng vannya.

Polis berkata, sebuah objek yang berpotensi mencurigak­an dijumpai di dalam kenderaan itu yang mungkin bahan letupan, dan pakar dipanggil untuk mematikann­ya.

Laporan media berkata, pemandu itu yang hanya dikenali sebagai Jens R, mempunyai sejarah masalah kesihatan mental.

Badan penyiaran awam ZDF berkata, lelaki itu baru-baru ini cuba membunuh diri manakala saluran berita bergerak NTV berkata, dia telah bercakap mengenai keinginan untuk menarik sebanyak mungkin perhatian kepada kematianny­a.

ZDF turut melaporkan bahawa dia mungkin ada kaitan dengan pergerakan haluan kanan radikal.

Majalah Der Spiegel melaporkan Jens R tinggal di Muenster dan polis menjumpai senjata api serangan di pangsapuri­nya.

Polis di kota universiti dengan 300,000 penduduk itu tidak segera mengesahka­n laporan tersebut.

“Tembakan kedengaran dan kemudian jeritan.

“Polis tiba dan mengeluark­an semua orang dari sini,” kata seorang pekerja restoran yang diserang dekat teres itu kepada NTV.

“Ramai orang menjerit. Saya marah kerana ini adalah satu perbuatan pengecut.”

Jerman sudah lama bersiap sedia bagi keganasan selanjutny­a ekoran beberapa serangan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan pelampau Daesh (Negara Islam atau IS), paling berdarah sekali satu rempuhan trak di sebuah pasar Natal di Berlin pada Disember 2016 yang mengorbank­an 12 orang.

Polis bersenjata dikerahkan ke Muenster selepas insiden kelmarin dan anggota polis menggesa penduduk untuk mengelak pusat bandar untuk membolehka­n penyiasat menjalanka­n kerja di tengah-tengah kebimbanga­n awal bahawa negara itu telah

AFP

mengalami satu serangan pelampau.

Merkel berkata, beliau amat terkejut dengan insiden itu dan pihak berkuasa akan berusaha menentukan punca di sebalik perbuatan ini dan membantu mangsa.

Presiden Rusia dan Perancis, Vladimir Putin dan Emmanuel Macron, masing-masing menyampaik­an ucapan takziah.

Serangan itu adalah yang terbaharu dalam siri serangan di seluruh Eropah di mana kenderaan telah digunakan untuk menyerang orang ramai di tempat awam. —

 ??  ?? BEG mengandung­i mayat di atas usungan dipunggah ke dalam van ketika penyiasat menjalanka­n siasatan di tempat kejadian di Muenster, barat Jerman kelmarin. — Gambar
BEG mengandung­i mayat di atas usungan dipunggah ke dalam van ketika penyiasat menjalanka­n siasatan di tempat kejadian di Muenster, barat Jerman kelmarin. — Gambar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia