Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran di Menara Trump, seorang maut

-

NEW YORK: Seorang lelaki tua maut lewat kelmarin selepas kebakaran memusnahka­n tingkat 50 Menara Trump di New York, di mana empat anggota bomba turut cedera, menurut pihak berkuasa.

Jabatan Polis New York berkata, lelaki berusia 67 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tiada respons ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian.

Lelaki itu disahkan mati selepas dibawa ke Hospital Mount Sinai Roosevelt, menurut pihak polis yang menyatakan pejabat pemeriksa perubatan akan menentukan punca kematian sebagai sebahagian siasatan.

“Ini adalah satu kebakaran yang sangat sukar, pangsapuri itu agak besar, bayangkan ia mempunyai ketinggian 50 tingkat.

“Bahagian lain di bangunan itu turut diselubung­i asap tetapi tidak terlalu teruk,” menurut Jabatan Bomba Kota New York (FDNY).

Ia menyatakan empat anggota bomba mengalami kecederaan ringan dan kebakaran itu terkawal.

Asap berkepul dari bangunan pencakar langit di Midtown Manhattan sekitar jam 6 petang waktu tempatan.

Jalan raya di sekitar bangunan yang dimiliki Presiden AS Donald Trump itu yang menjadi ibu pejabat The Trump Organizati­on dan menempatka­n emper presiden ditutup semasa pelancong mengambil gambar menggunaka­n telefon mereka.

FDNY mulanya memuat naik gambar dalam Twitter yang menunjukka­n bangunan itu dengan beberapa tingkap di tingkat 50 terbakar.

Trump kemudian menyatakan kebakaran telah dipadamkan.—

 ??  ??
 ??  ?? KEBAKARAN sedang memusnahka­n tingkat 50 Menara Trump di New York dalam imej pegun daripada video media sosial, kelmarin. — Gambar Reuters
KEBAKARAN sedang memusnahka­n tingkat 50 Menara Trump di New York dalam imej pegun daripada video media sosial, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia