Utusan Borneo (Sabah)

33 hadiri kursus pegawai teknikal KOM

- Oleh SALMAN ABADI (kanan) menyampaik­an sijil penyertaan

SANDAKAN: Seramai 33 calon yang terdiri daripada guru-guru dan staf Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan menghadiri Kursus Pegawai Teknik Olahraga Gred 3 Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbah, di sini, Rabu lalu.

Penyelaras kursus, Mohd Misran Mohd A. Salim berkata kursus itu dianjurkan oleh Majlis Penolong Kanan Kokurikulu­m (MPKK) Sekolah-sekolah Rendah daerah Sandakan dengan kerjasama Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan, Sandakan AA dan juga Sabah AA.

Katanya, ia kendalikan oleh dua penceramah jemputan iaitu Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal KOM, S.Shinetamby dan juga mantan Penyelia Kanan Unit Sukan PPD Sandakan, Alias Haji Hamjah yang telahpun bersara dua tahun lalu.

Menurutnya, kursus itu bertujuan meningkatk­an jumlah (bilangan) pegawai teknikal dalam sukan olahraga yang berkelayak­an dan efisien, di samping memantapka­n sistem pengurusan kejohanan olahraga di peringkat akar umbi hingga ke peringkat kebangsaan.

“Kursus ini diharap dapat menambahba­ik kemahiran, ilmu dan kepakaran teknikal para peserta kursus, selain sebagai salah satu alternatif untuk pembanguna­n sukan olahraga khasnya di daerah Sandakan dan sekitarnya,” katanya.

Misran yang juga Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Ulu Dusun Sandakan menambah, kursus itu juga bermatlama­t untuk menggalakk­an penglibata­n gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, khasnya para penjawat awam termasukla­h guru-guru dan staf hospital yang terlibat secara langsung dalam aspek pendidikan dan kesihatan.

Beliau berkata, kesemua peserta kursus itu telah menduduki ujian atau peperiksaa­n KOM pada Sabtu (7 April).

Majlis perasmian penutupan kursus itu disempurna­kan oleh Penyelia Unit Sukan PPD Sandakan, Suriyansya­h Mohd Yunus bagi mewakili Ketua Unit (UPK) PPD Sandakan, Ahmad Yussof Mohamad.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaa­n dan tahniah kepada pihak penganjur khususnya Cikgu Mohd Misran dan seluruh Ahli Jawatankua­sa (AJK) dalam MPKK atas inisiatif dan komitmen yang tinggi dalam penganjura­n kursus itu.

Katanya, kursus yang agak jarang diadakan itu bukan sahaja berjaya dianjurkan, malah mendapat jumlah penyertaan yang amat membanggak­an, khasnya dalam kalangan guruguru dan juga staf Hospital (HDOK) Sandakan.

Bagi pihak PPD Sandakan katanya, turut menghargai kerjasama pihak KOM khasnya Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal KOM, S.Shinetamby dan juga mantan Penyelia Kanan Unit Sukan PPD Sandakan, Alias Haji Hamjah yang hadir mengendali­kan kursus itu.

Beliau berharap para peserta kursus dapat memanfaatk­an sepenuhnya segala pendedahan ilmu pengetahua­n dan kemahiran dari aspek kepegawaia­n dan teknikal dalam sukan olahraga, sekali gus membantu meningkatk­an lagi mutu sukan olahraga, khasnya di Sandakan.

Suriyansya­h menambah, selain aspek kejurulati­han, pembanguna­n sukan olahraga juga memerlukan kumpulan tenaga mahir yang berkepakar­an dalam menjalanka­n tugas kepegawaia­n dan teknikal bagi mempastika­n pengelolaa­n sesuatu kejohanan yang berkualiti dan berjalan lancar.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Teknikal dan Pembanguna­n Sukan (PTPS) Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) daerah Sandakan, Dani Segara dan wakil Guru Besar SK Muhibbah, Azium.

kursus.

 ??  ?? SURIYANSYA­H
SURIYANSYA­H
 ??  ?? PESERTA Kursus Pegawai Teknik KOM bergambar kenangan bersama Mohd Misran (empat dari kiri), Suriyansya­h, S. Shinetamby, Alias dan Dani.
PESERTA Kursus Pegawai Teknik KOM bergambar kenangan bersama Mohd Misran (empat dari kiri), Suriyansya­h, S. Shinetamby, Alias dan Dani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia