Utusan Borneo (Sabah)

Badak remaja terus buru kemenangan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Skuad Badak remaja berazam tinggi untuk meneruskan kempen kenangan berhadapan Kelantan dalam saingan Piala Presiden di Stadium Likas hari ini.

Pengurus pasukan Mohd Yassin Aman (gambar) berkata, pasukan negeri ini perlu terus mempersemb­ahkan permainan mantap untuk mendapatka­n tiket dari Kumpulan A mara ke perlawanan pusingan seterusnya.

“Sabah telah agak lama tidak berjaya melepasi perlawanan peringkat kumpulan. Prestasi ketika ini amat memberangs­angkan tetapi kita tiba boleh leka dan lalai.

“Saya sangat senang hati melihat perkembang­an pasukan ini ketika ini, tetapi saya mahu pasukan ini terus menunjukka­n peningkata­n,” jelas beliau.

Pasukan negeri ini kita memegang rekod empat perlawanan tanpa kalah untuk mengepalai saingan liga dengan 12 mata selepas melalui lapan perlawanan.

Pasukan bawah 21 tahun Sabah itu berada empat mata dihadapan pencabar terdekat Johor Darul Ta’zim III (JDT III).

Pasukan negeri ini memulakan aksi dengan menghadapi empat perlawanan ditempat lawan, mencatat tiga kemenangan berturut-turut mengatasi Kedah (1-0), Pahang (2-1) dan MISC-MIFA (2-0) sebelum tewas menerusi jaringan tunggal perlawanan ketika menentang Perlis.

Selepas itu, Sabah mencatat dua kemenangan 1-0 menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Selangor United FC di hadapan penyokong tempat sebelum menewaskan Melak (1-0) dan Selangor (2-0) di gelanggang lawan.

Perlawanan malam ini merupakan salah satu dari enam perlawanan berturut-turut dihadapan penonton sendiri, di mana Yassin meletak sasaran untuk menambah sekurangku­rangnya 12 lagi mata.

“Ianya bukan mudah kerana kita akan berhadapan lima pasukan teratas liga, tetapi selagi kita bersungguh-sungguh, saya rasa tidak mustahil untuk kita mencapai sasaran itu.

“Kelantan merupakan antara pasukan terbaik dan kita perlu berhati-hati,” tambah Yasin.

Kelantan berada pada kedudukan keempat dengan 15 mata selepas mencata empat kemenangan dan tiga kali seri.

Selepas berhadapan Kelantan, badak remaja akan melayani JDT III pada 12 April, Kedah (19 April), Pahang (23 April), MISC-MIFA (26 April) dan Perlis (30 April).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia