Utusan Borneo (Sabah)

Calon berkeupaya­an, berdaya saing pastikan kemenangan BN

Pastikan kemenangan BN pada PRU14

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Sesiapa sahaja calon berkeupaya­an serta berdaya saing bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diberikan tanggungja­wab besar, tidak kira usia tua atau muda.

Pengerusi Pemuda BN Sabah Yamani Hafez Musa berkata, pihaknya yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat keputusan yang terbaik dalam memilih calon bagi berhadapan PRU kali ini.

“Saya sudah hantar senarai ramai calon muda dan sudah tiba masanya kita bukan sahaja Umno tetapi komponen BN menonjolka­n bakat baharu.

“Untuk kawasan Penampang, saya mempunyai calon dalam minda saya tetapi terpulangl­ah kepada Perdana Menteri membuat keputusan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Kerjaya Pemuda BN, di sini pada Ahad.

Beliau tidak menafikan bahawa parti komponen BN memerlukan lebih banyak bakat baharu khususnya golongan muda seperti mana pihak pembangkan­g.

Berhubung pelancaran Manifesto BN pada malam Sabtu, beliau menjelaska­n terdapat beberapa perkara dalam manifesto itu akan memberikan manfaat besar kepada rakyat Sabah secara keseluruha­n.

“Antaranya adalah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di mana, kini kita mampu mencapai kata putus bersama dalam perkara ini. Selain itu, Kerajaan Persekutua­n juga menjamin melebarkan jalur telekomuni­kasi di Sabah dan Sarawak dengan nilai RM2 bilion dan elektrik RM2.3 bilion.

“Sabah juga menerima subsidi khas khususnya dari segi bekalan air selain banyak lagi manifesto yang realistik serta bertepatan dengan kehendak rakyat pada ketika ini,” katanya.

Yamani juga berharap rumah transit belia yang dicadangka­n dibina di Semenanjun­g Malaysia dapat dilaksanak­an di Sabah.

Sementara itu, berkaitan karnival berkenaan, beliau menjelaska­n lebih daripada empat ribu belia hadir untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan.

“Seramai 57 majikan tampil menjayakan program ini dan saya berharap karnival ini akan dilakukan setiap tahun bagi menyediaka­n peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.

“Kita juga akan memastikan kebolehpas­aran setiap belia dtingkatka­n dengan memberikan nilai tambah kepada mereka dari segi ketrampila­n, penyediaan resume dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Kumpulan Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Ceasar Mandela Malakun serta tetamu kehormat yang lain.

“Sayasudahh­antarsenar­airamaical­onmuda dan sudah tiba masanya kita bukan sahaja Umno tetapi komponen BN menonjolka­n bakat baharu. Untuk kawasan Penampang, saya mempunyai calon dalam minda saya tetapi terpulangl­ah kepada Perdana Menteri ” membuat keputusan.

YAMANI HAFEZ MUSA Pengerusi Pemuda BN Sabah

 ??  ?? YAMANI (tengah) menyampaik­an surat tawaran kerja kepada salah seorang penerima, turut kelihatan ialah Ceasar (dua kiri).
YAMANI (tengah) menyampaik­an surat tawaran kerja kepada salah seorang penerima, turut kelihatan ialah Ceasar (dua kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia