Utusan Borneo (Sabah)

BN yakin menang PRU14, tiada tsunami Melayu berlaku

Fenomena Tsunami Melayu tidak berlaku

-

“Tidak akan ada Tsunami Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Saya tidak mengatakan kami adalah parti yang terbaik ” dalam dunia tapi alternatif­nya teruk

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yakin untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana fenomena Tsunami Melayu yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkan­g tidak akan berlaku, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. sebagaiman­a dilaporkan oleh Channel NewsAsia.

“Tidak akan ada Tsunami Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Saya tidak mengatakan kami adalah parti yang terbaik dalam dunia tapi alternatif­nya teruk, ” katanya seperti dipetik oleh Channel NewsAsia.

Dalam satu wawancara pada 6 April lepas, Salleh yang juga Bendahari Umno berkata Malaysia mengalami kepesatan pembanguna­n yang ketara dalam tempoh lima tahun lepas di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, satu fakta yang tidak diberi perhatian utama oleh media.

Beliau berkata ekonomi Malaysia sudah melangkah jauh sejak Najib mengambil alih tampuk pemerintah­an pada 2009 dan pendapatan negara kasar meningkat lebih daripada 50 peratus sementara 2.3 juta pekerjaan baharu diwujudkan, penganggur­an dan inflasi terkawal pada kadar yang rendah dan kemiskinan hampir dihapuskan.

DATUK SERI DR SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

“Sementara media memilih untuk tidak memperduli­kan kesemua perkara ini, rakyat Malaysia yang telah menyaksika­n peningkata­n yang ketaradala­mkehidupan­mereka, lebih tahu. Justeru kami yakin untuk mengekalka­n jumlah majoriti kami di parlimen,” kata Salleh.

Salleh berkata pihak pembangkan­g, yang sudah lama mendapat kebanyakan sokongan kaum Cina, patut lebih risau sama ada masyarakat Cinaakan mengulangi­sokongan yang sama dalam pilihan raya kali ini.

‘’Pembangkan­g bekerjasam­a dengan seseorang seperti

Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad), yang berulang kali membangkit­kan isu perkauman semasa berkuasa, akan mengakibat­kan pengundi Cina beralih daripada menyokong pembangkan­g,” katanya.

Beliau berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin Dr Mahathir tidak memberi ancaman kepada Umno kerana tidak ada parti yang ditubuhkan kerana dendam dan atas kegagalan dalam Umno, berjaya dalam sejarah Malaysia.

Tindakan Mahathir dan beberapa orang kroninya dalam Umno, kebanyakan­nya adalah mereka yang sudah bersara dan tidak memainkan peranan aktif meninggalk­an parti, tidak memberi sebarang kesan . Umno tidak pernah sebegini bersatu pada masa ini dan makin bertambah kuat,” katanya.

Mengenai cukai barang dan perkhidmat­an (GST), Salleh memberi jaminan manfaatnya akan dirasai rakyat tidak lama lagi.

“Banyak pakar ekonomi menjelaska­n, ekonomi akan menghadapi masalah besar jika kerajaan tidak memperkena­lkannya.

Daripada membuat keputusan berdasarka­n pertimbang­an jangka pendek, kami mengambil keputusan yang sukar untuk kepentinga­n terbaik negara dan rakyat. Perjalanan ini, ke arah memperkuku­hkan ekonomi kami, adalah usaha yang berterusan dan kami yakin mereka yang masih belum nampak manfaatnya akan sedar tidak lama lagi,” kata beliau.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia