Utusan Borneo (Sabah)

Legenda bola sepak sebak terpilih tunai umrah

-

LEGENDA bola sepak negara, Syed Ahmad Abu Bakar terharu dan sebak apabila turut terpilih untuk berangkat ke Mekah pada Ahad menerusi Program Umrah Penggiat Seni, yang kini diperluask­an kepada veteran sukan bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

Syed Ahmad, 72, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Mekah bersama dua lagi atlet veteran iaitu Rameli Manap (angkat berat) dan Ramliee Ahmad (silat) serta lapan anggota rombongan lain berkata ini merupakan kali pertama beliau menjejakka­n kaki ke Tanah Suci.

“Selama ini saya hanya menyepikan diri di Perlis. Tiba-tiba bulan lepas saya mendapat panggilan memaklumka­n tawaran untuk saya menunaikan ibadah umrah. Saya sangat bersyukur, berterima kasih dan menghargai pihak yang mencalonka­n nama saya,” katanya.

Katanya sepanjang berada di Tanah Suci nanti, beliau akan mendoakan kesejahter­aan dan kemakmuran negara, kecemerlan­gan sukan negara khususnya bola sepak selain memohon supaya atlet veteran sepertinya tidak dipinggirk­an masyarakat.

Syed Ahmad paling diingati kerana menjaringk­an tiga gol tanpa balas dalam perlawanan Malaysia menentang Jepun pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Korea Selatan, seterusnya melayakkan Malaysia ke Sukan Olimpik di Munich pada 1972.

Sementara itu, Mohd Azmir Muhammad Yusuf yang lebih dikenali sebagai Amir Ukays, 49, berkata beliau tidak pernah terfikir akan mendapat peluang menunaikan ibadah umrah dan menganggap tawaran yang diterima sebagai rezeki.

Lima lagi penggiat seni yang turut berangkat dalam rombongan tersebut ialah pelakon Hisham Ahmad Tajuddin, Rashidah Jaafar, Zolkifly Abd Ghani, Mashitah Mohd Isa dan pengarah seni Sapri Ibrahim. Kesemua peserta program umrah kali ini dijadualka­n berada di Tanah Suci hingga 18 April depan.

Program umrah anjuran bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Mustika Kasih dan Yayasan Perdana Ummah ini adalah siri kedua selepas siri pertama yang menyaksika­n 23 penggiat seni menunaikan umrah Januari lalu.

Pengerusi eksekutif Yayasan Perdana Ummah Datuk Rizal Mansor ketika ditemui berkata jika berkemampu­an, yayasan itu berhasrat untuk meneruskan program umrah ini ke siri yang seterusnya, namun perlu lihat juga kepada keadaan semasa.-

 ?? - GambarBERN­AMA ?? PENGERUSI Eksekutif Yayasan Perdana Ummah Datuk Rizal Mansor (lima kiri) bergambar bersama jemaah umrah pada Majlis Pelepasan Jemaah Umrah Penggiat Seni di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur pada Ahad. Seramai 11 artis vateran dan bekas atlet...
- GambarBERN­AMA PENGERUSI Eksekutif Yayasan Perdana Ummah Datuk Rizal Mansor (lima kiri) bergambar bersama jemaah umrah pada Majlis Pelepasan Jemaah Umrah Penggiat Seni di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur pada Ahad. Seramai 11 artis vateran dan bekas atlet...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia