Utusan Borneo (Sabah)

MyHSR Corp pilih dua konsortium sebagai PDP HSR KL-SG

-

KUALA LUMPUR: MyHSR Corporatio­n Sdn Bhd (MyHSR Corp) telah selesai melaksanak­an tender Rakan Penyampaia­n Projek (PDP) dan memilih dua konsortium untuk membantu bahagian kerja-kerja sivil projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL- SG).

Katanya konsortium Malaysian Resources Corporatio­n Bhd-Gamuda Bhd dipilih bagi jajaran di bahagian utara, manakala konsortium Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd-TH Properties Sdn Bhd bagi jajaran di bahagian selatan projek HSR KL-SG.

“Kontrak tersebut akan diberikan selepas selesainya rundingan yang memuaskan antara MyHSR Corp dan dua konsortium tersebut,” menurut MyHSR Corp dalam kenyataan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata PDP akan membawa pengalaman di peringkat tempatan dan antarabang­sa, melalui pengalaman mereka sendiri dalam membina kereta api di negara ini dan melalui kerjasama dengan pakar-pakar HSR.

“Kami gembira kerana telah memilih dua konsortium yang berkeboleh­an untuk melaksanak­an projek tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia