Utusan Borneo (Sabah)

‘Dukun’ akhirnya bertemu penonton di pawagam selepas penantian panjang

-

DUKUN, sebuah filem yang dinantikan ramai kini ‘menghantui’ seluruh Malaysia dan Singapura bermula 5 April yang lalu.

Filem arahan sutradara tersohor tanah air, Dain Said, dibintangi nama-nama hebat seperti Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Hasnul Rahmat, Elyana, Sofi Jikan, Allahyarha­m Ramli Hassan, Bront Palarae, Chew Kin Wah dan Jason Chong.

Astro Shaw sekali lagi membawakan sebuah naskhah hebat lagi bermutu tinggi istimewa untuk sajian peminat filem tempatan khususnya.

Sarat dengan pelbagai mesej yang dilihat relevan dengan setiap lapisan masyarakat, DUKUN memaparkan kisah ketaksuban manusia yang begitu mendambaka­n kemewahan dan kecantikan, kerakusan dalam mendapatka­n kuasa dan kedudukan yang tinggi serta mengingink­an keremajaan abadi menerusi amalan syirik dan khurafat.

Sentiasa mempertaru­hkan karya-karya yang memiliki faktor komersial dan nilai estetika yang tinggi, diapit dengan skrip yang kuat, struktur jalan penceritaa­n yang kukuh, penampilan pasukan di depan dan di belakang lensa kamera yang berpengala­man luas serta disokong oleh rangkaian promosi 360 darjah di semua platform, Astro Shaw menjanjika­n hanya yang terbaik untuk setiap audiensnya.

Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, “DUKUN adalah sebuah naskhah hebat yang wajar ditonton semua. Kami lihat, skrip yang dizahirkan adalah cukup kuat dan berlatarka­n kisah perihal yang sememangny­a berlaku dalam masyarakat sejak dari dahulu lagi. Kerana ketaksuban dunia, ada di antara kita yang memilih jalan mudah dengan membelakan­gi agama, sehingga pada satu tahap, berlakunya pertumpaha­n darah.

“Kami merasakan filem DUKUN adalah relevan sepanjang zaman untuk ditayangka­n dan kita boleh mengambil iktibar daripadany­a.

“Astro Shaw juga menghargai bantuan dari Lembaga Penapis Filem (LPF) di atas panduan terkini bagi tayangan filem ini ke layar perak.”

“Dalam menghasilk­an sebuah filem yang berkualiti, kami percaya banyak usaha yang harus dilakukan seperti mengkaji dan menyelidik untuk melahirkan jalan cerita yang menarik.

“Bagi filem DUKUN, kami juga menjalani fasa penyelidik­an dan rujukan dari dalam dan luar negara. Jadi hasil filem ini adalah gabungan imajinasi penulis dan pengarah DUKUN, Dain Said.

“Saya ucapkan tahniah kepada beliau dan mereka yang terlibat dalam menjayakan karya yang sangat indah,” tambah Najwa lagi.

Jelasnya lagi, persepsi yang menyatakan filem DUKUN adalah sebuah filem yang diadaptasi dari kisah benar adalah tidak benar sama sekali.

“Apabila sesebuah filem dihasilkan, sudah tentu proses penyelidik­an perlu dilaksanak­an di setiap peringkat bagi menjadikan jalan cerita sesebuah naskah itu sarat dengan elemen-elemen yang boleh dipercayai dan dilihat ‘hidup’.

“Untuk filem DUKUN ini, fasa penyelidik­an bukan sahaja dilakukan tentang kes-kes berprofil tinggi di Malaysia sahaja, malahan beberapa kes dari luar negara juga turut dijadikan rujukan.

“Segala yang dipaparkan adalah hasil cambahan idea dan imaginasi penulis skrip dan juga pengarah filem DUKUN, Dain Said. Kami merasakan, Dain Said dan pasukan yang diterajui beliau telah berjaya melahirkan sebuah karya yang cukup hebat. Syabas diucapkan!”

Sementara itu, Pengarah Dain Said menyatakan rasa gembira kerana hasil sentuhanny­a bakal menemui peminat-peminat filem.

“Filem DUKUN telah menjalani proses re-master digital untuk menghasilk­an bunyi, warna dan visual yang terbaik dan patut dipertonto­nkan di layar perak. Saya berpuas hati dengan hasil akhir dan berharap karya ini akan mendapat sambutan positif penonton-penonton di luar sana.”

Filem ‘DUKUN’ banyak bermain dengan isu sejauh mana masyarakat kita mempercaya­i perkaraper­kara Khurafat dan Syirik yang bertentang­an dengan kemajuan dan pembanguna­n negara serta kepesatan dakwah Islamisasi.

“DUKUN adalah satu cerita yang dapat membuka mata dan memberi kesedaran terhadap kecelaruan dalam hidup jika amalan khurafat dan syirik diamalkan,” katanya.

DUKUN mengisahka­n tentang Karim (Faizal Hussein), seorang peguam yang sedang bergelut dengan kerjayanya akibat kemurungan dan gangguan emosi berikutan kehilangan orang yang tersayang iaitu isterinya, Sara (Avaa Vanja) dan anak perempuan, Nadia (Elyana).

Dalam masa yang sama, Karim telah ditawarkan peluang untuk menjadi peguam kepada seorang OKT (Orang Kena Tuduh) bernama Diana Dahlan (Datin Seri Umie Aida), yang berjanji akan mencari anaknya.

Diana yang merupakan seorang penyanyi kelab malam, telah dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki terlibat dalam satu kes pembunuhan. Pihak polis telah terjumpa mayat dirumahnya yang disyaki dari aktiviti ilmu hitam yang diamalkan untuk kekal cantik dan berkuasa.

Diana dikatakan seorang dukun yang mempunyai tongkat sakti dari suku kaum Batak.

Melalui proses perbicaraa­n dan penyiasata­n yang dilakukan oleh ASP Talib (Namron), sisi ilmu hitam Diana terungkai satu demi satu.

DUKUN merupakan sebuah kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi dan ada darah yang tumpah dalam mengejar kesemuanya.

 ??  ??
 ??  ?? UMIE Aida lakonkan watak Diana Dahlan dalam filem ‘Dukun’ yang kini ditayangka­n di pawagam.
UMIE Aida lakonkan watak Diana Dahlan dalam filem ‘Dukun’ yang kini ditayangka­n di pawagam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia