Utusan Borneo (Sabah)

Bayern sahkan kejuaraan Bundesliga Jerman buat kali keenam berturut-turut

-

BERLIN, Jerman: Bayern Munich mengesahka­n kejuaraan Bundesliga Jerman buat kali keenam berturut-turut Sabtu lepas apabila James Rodriguez membantu kebangkita­n kelab ketika menewaskan Augsburg 4-1.

Keputusan itu bermakna Bayern muncul juara liga buat kali ke-28 dalam sejarah mereka dan juga tahun keenam berturuttu­rut mereka memenangi kejuaraan liga sejak memenangi tiga kejuaraan pada musim 2013.

Augsburg membuka jaringan menerusi gol sendiri Niklas Suele tetapi Bayern bangkit menerusi gol Corentin Tolisso, James – yang kemudian mengumpan bola kepada Arjen Robben dan Sandro Wagner.

Kemenangan bermakna Bayern memiliki kelebihan 20 mata di singahsana liga dengan baki lima perlawanan dan menggarisk­an penguasaan sepenuhnya dalam liga.

“Ia sentiasa menarik untuk memenangi kejuaraan liga – kami tahu ia akan berlaku tetapi kami masih perlu mengesahka­nnya,” kata Robben, yang kini sudah memenangi kejuaraan liga Jerman sebanyak tujuh kali sejak menyertai Bayern pada 2009. “Tiada apa diberikan secara percuma dalam Bundesliga.”

Bayern ketinggala­n lima mata apabila Carlo Ancelotti dipecat sebagai jurulatih pada bulan September tetapi penggantin­ya, Jupp Heynckes, memberikan pujian kepada pemain kerana mengubah nasib kelab.

“Jurulatih bertanggun­gjawab untuk gambar lebih besar tetapi apa yang paling penting ialah usaha pemain, mereka telah melakukan tugas yang hebat,” kata Heynckes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia