Utusan Borneo (Sabah)

Manchester United halang City rai kejuaraan liga di Old Trafford

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mencabar anak buahnya untuk memberikan saingan dengan Manchester City untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim hadapan selepas menangguhk­an pesta kejuaraan liga buat City apabila bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum menang 3-2 Sabtu lepas.

Kemenangan akan mengesahka­n kejuaraan liga buat City, yang memiliki kelebihan 13 mata di singahsana liga berbanding United.

Tetapi sehari selepas pengurus City, Pep Guardiola mendakwa beliau telah ditawarkan peluang untuk mendapatka­n Paul Pogba oleh ejen pemain, Pogba mengetuai kebangkita­n United dengan menjaringk­an dua gol dalam beberapa minit sebelum Chris Smalling melengkapk­an kebangkita­n. ialah untuk mendapatka­n mata dan tidak menjejaska­n sebarang perayaan (meraikan kejuaraan),” kata Mourinho. “Hakikatnya ialah adakah kami sudah meningkat untuk kami mengejar mereka musim hadapan?”

United menamatkan saingan di tangga keenam, 24 mata di belakang juara liga Chelsea musim lepas dan Mourinho mahukan peningkata­n yang sama pada musim hadapan.

“Musim hadapan, kami harus meningkat lebih bagus kerana musim ini, kami sudah meningkat dari musim yang sebelumnya: lebih banyak mata, kemenangan, gol dijaringka­n dan gol bolos, keputusan lebih bagus menentang lima pasukan teratas.

“Kami meningkat pada setiap tahap tetapi ia tidak memadai. Kerana itu saya mahu mengucapka­n tahniah kepada Man City kerana mereka akan memenangi kejuaraan, mereka selayaknya menang.”

 ??  ??
 ??  ?? SMALLING (kanan) meraikan jaringanny­a bersama Lukaku (kiri) dan Lingard di hadapan penyokong United pada perlawanan liga menentang City di Old Trafford, Manchester Sabtu lepas. — Gambar AFP
SMALLING (kanan) meraikan jaringanny­a bersama Lukaku (kiri) dan Lingard di hadapan penyokong United pada perlawanan liga menentang City di Old Trafford, Manchester Sabtu lepas. — Gambar AFP
 ??  ?? “Sasaran saya
“Sasaran saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia