Lelaki dikhuatiri hilang, bot nelayan karam

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri hilang ketika memukat selepas bot nelayan yang digunakan mangsa dipercayai karam.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, bot terbabit dipercayai karam di perairan Pulau Mengalum dekat sini pada Isnin.

Menurutnya, mangsa yamng dikenali sebagai Husain Ishak, 23, dilaporkan belayar dari Jeti Safma ke Pulau Mengalum kira-kira jam 6 petang pada Sabtu.

''Pusat Operasi Daerah Maritim di sini menerima laporan mengenai kehilangan sebuah bot nelayan ketika menjalankan aktiviti memukat ikan kira-kira jam 6.45 pagi pada Isnin.

"Sebaik menerima laporan, sebuah bot pengawal Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dikerahkan ke lokasi kejadian," katanya di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, Zubil berkata mangsa masih belum ditemukan dan operasi diteruskan dengan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) dan beberapa bot nelayan tempatan.

BOT pengawal Maritim Malaysia dibantu beberapa bot nelayan tempatan dalam operasi mencari mangsa yang hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.