Viral kerana serang polis trafik, pemuda didenda RM2,800

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KOTA BELUD: Seorang pemuda yang pernah viral di media sosial kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang polis trafik, dikenakan denda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Afiq Agoes menjatuhkan hukuman itu terhadap Ilyas Shah Ishak, 19, selepas mengaku bersalah, yang mana pada Isnin untuk laporan akhlak.

Tertuduh menyerang Koperal Mohd Azli Adnan, 33, dengan niat menghalang daripada menjalankan kewajipannya.

Kesalahan dilakukan pada 16 Februari jam 3.15 petang di tepi jalan dekat bulatan Kampung Lebak Moyoh, di sini.

HukumanmengikutSeksyen 353 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Pada hari sama, pengadu pergi ke tempat kejadian untuk mengambil gambar setelah mendapat arahan, kerana berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal.

Setelah selesai, dua lelaki datang menaiki sebuah kereta dalam keadaan marah, semasa pengadu memperkenalkan diri, tiba-tiba beliau ditumbuk di bahagian belakang kepala oleh seorang lelaki (tertuduh).

Ekoran daripada itu, ayah tertuduh meminta maaf, dan satu laporan polis dibuat pengadu untuk tindakan lanjut.

Semasa tangkapan dibuat, tertuduh bertindak agresif menyebabkannya mengalami cedera dibahagian kening kiri.

Sementara itu, dalam permohonan maaf terbuka, tertuduh memohon maaf dan menyatakan tidak mempunyai niat mencederakan mangsa.

Menurutnya, pengalaman lima kali trauma yang dialami melibatkan kematian keluarga dan rakan yang terlibat dalam kemalangan,menyebabkannya bertindak mengikut emosi.

“Jadi sewaktu masa kejadian...kami bertanyakan kepada orang awam tentang keadaan adik saya, tapi kami tidak mendapat apa-apa jawapan,” katanya.

Pegawai Pendakwa Insp Sahaiyu Suffyian bertindak untuk pendakwaan, manakala peguam Syarul Nizam Salleh Keruak, Shahlan Jufri dan Azhier Farhan Arisin mewakili tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.