‘Rampage’ lepasi ‘Quiet Place’ untuk dahului box office AS

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

FILEM aksi cereka sains ‘Rampage’ mengungguli kaunter tiket Amerika Utara pada hujung minggu, membawa masuk anggaran AS$34.5 juta untuk mendahului sedikit di hadapan filem seram ‘A Quiet Place’, kata pemantau industri Exhibitor Relations pada Ahad.

‘Rampage’ yang dibintangi oleh Dwayne (The Rock) Johnson yang rajin dalam satu cerita yang mungkin lebih baik dilihat sendiri daripada digambarkan di mana beliau berlakon sebagai seorang pakar primatologi yang berkawan dengan seekor gorila balar yang berkembang kepada saiz terlalu besar selepas satu eksperimen dan yang kemudian bergandingan dengan Johnson dalam usaha untuk menghentikan serangan raksasa.

Walaupun perolehan selama tiga hari untuk filem baharu Warner Bros itu dikatakan salah satu terbaik yang pernah dicatat oleh permainan video, dengan bajet AS$120 juta untuk menghasilkan filem itu bererti ia “perlu untuk mempunyai kaki yang kuat untuk mendapatkan wangnya kembali,” kata Hollywood Reporter.

Selain Johnson, filem itu turut dibintangi oleh Naomie Harris dan Jeffrey Dean Morgan.

‘A Quiet Place’, dalam minggu keduanya, memperolehi AS$32.6 juta lagi berikutan ulasan filem yang menggalakkan.

Filem yang hampir tidak berdialog dari Paramount dan dibintangi oleh pelakon/ pengarah John Krasinski dan isterinya Emily Blunt sebagai satu pasangan yang perlu berjuang dalam senyap untuk melindungi keluarga mereka dari serangan makhluk asing yang buta tetapi boleh mengesan mangsa mereka melalui bunyi.

Di tempat ketiga pada hujung minggu ‘Friday the 13th’ itu adalah sebuah lagi filem seram, filem baharu Universal/Blumhouse berjudul ‘Truth or Dare’, yang memperolehi AS$19.1 juta -- lebih daripada lima kali bajet yang amat kecil filem itu.

Filem itu dibintangi oleh Lucy Hale dan Tyler Posey yang terperangkap dalam satu permainan biasa-biasa yang bertukar menjadi berbahaya. Filem Steven Spielberg, ‘Ready Player One’ -- satu penghormatan futuristik kepada filem 1980-an -- memperolehi kutipan jualan tiket yang dianggar sebanyak AS$11.2 juta untuk menduduki tempat keempat dalam minggu ketiganya ditayangkan.

Filem Warner Bros. itu mengisahkan tentang seorang pemain pemainan video (Wade Watts) yang mendapati dirinya di dalam dunia realiti maya yang menagihkan.

Dan di tempat kelima ialah ‘Blockers’, sebuah komedi galak dari Universal yang dibintangi oleh John Cena dan Leslie Mann, yang mendapat AS$10.3 juta.

Melengkapkan 10 filem teratas di Amerika Utara pada hujung minggu adalah ‘Black Panther’ (AS$5.3 juta), ‘Isle of Dogs’ (AS$5 juta), ‘I Can Only Imagine’ (AS$3.8 juta), ‘Tyler Perry’s Acrimony’ (AS$3.7 juta) dan ‘Chappaquiddick’ (AS$3 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.