Kerajaan BN adil, konsisten membangunkan Sabah

Dalam membangunkan Sabah

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang adil dan konsisten dalam membangunkan Negeri Sabah, sama ada di kawasan luar bandar atau bandar.

Presiden Persatuan Bekas Guru Sabah Datuk Zulkifli Hj Jaafar berkata pembangunan berkenaan telah diagihkan secara adil termasuk pembangunan untuk pendidikan.

Katanya pembangunan pesat di Sabah telah diibawa oleh Tan Sri Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri yang memimpin pentadbiran negeri.

“Tan Sri Musa telah memberi banyak tumpuan kepadakemajuankemudahan pendidikan di negeri ini. Beliau telah menggalakkan penubuhan politeknik, kolej dan universiti tempatan termasuk di bawah Yayasan Sabah. Tidak lupa juga pembangunan Hab Pendidikan Sandakan yang membolehkan pendidikan berpatutan dapat diakses oleh anak-anak luar bandar.

“Beliau telah memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan yang lebih lestari bagi Sabah, beralih daripada industri berasaskan primer kepada lebih banyak kepelbagaian ekonomi berasaskan pelancongan, pertanian dan pembuatan,” katanya

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas beliau dan 13 anggota persatuan itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri di Sri Gaya pada Isnin.

Zulkifli berkata Musa juga banyak menyumbang kepada pembangunan infrastruktur asas di Sabah hasil daripada hubungan baik Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang telah dipupuk terutamanya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita dapat melihat pembangunan telah berlaku di hampir setiap bahagian Sabah.”

Beliau berkata kepimpinan sekarang perlu disokong untuk memastikan pembangunan negeri yang berterusan.

“Bagi pihak Persatuan Bekas Guru Sabah, kami berikrar untuk menyokong kepimpinan berterusan Tan Sri Musa,” katanya.

Mengenai pembangunan sekolah, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN kerana memberi perhatian kepada keperluan di Sabah terutamanya dalam menangani sekolah usang di kawasan pedalaman.

Musa sebelum itu memberitahu bekas guru bahawa kerajaan negeri menghargai peranan mereka dalam pembangunan pendidikan di Sabah.

“Walaupun telah bersara daripada profesion keguruan, mereka masih dapat menyumbang pengalaman yang berharga kepada rakyat.

“Kerajaan negeri akan sentiasa mengenang sumbangan dan khidmat yang telah dicurahkan oleh bekas guru,” katanya.

MUSA bersama Zulkifli (empat kanan) dan ahli Persatuan Bekas Guru Sabah di Sri Gaya pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.